Terdapat 12826 berita berdasarkan kata kunci carian " s"

PMKS Terus Alami Keuntungan Terhad - SAMENTA

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kebanyakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini terus menghadapi keuntungan terhad disebabkan oleh peralihan digital, kekurangan tenaga kerja dan peningkatan kos pematuhan.

Avaland Ekspresi Kehidupan Lestari Menerusi Avenue25

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah Avaland Bhd menetapkan penanda aras baharu dengan menyasarkan semua fasa projek Avenue25 di Subang Jaya mencapai pensijilan GreenRE Gold.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengeluar Amerika Syarikat lewat malam ini.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin, terjejas berikutan permintaan kukuh terhadap dolar AS dalam persekitaran peningkatan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata pengarah urusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di  Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin walaupun prestasi pasaran tunai pendasar lebih baik.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin berikutan minat belian dalam perbankan, telekomunikasi dan saham berkaitan komoditi.

Sistem CIDBH - iENTRY Tingkat Pengurusan Pekerja Asing Pembinaan

PUTRAJAYA, 14 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini melalui anak syarikatnya CIDB Holdings Sdn Bhd melancarkan Sistem CIDBH - iENTRY bagi meningkatkan pengurusan pekerja asing dalam industri pembinaan.

TERAJU Peruntuk Bahagian Terbesar Daripada Dana RM100 Juta Kepada microLEAP

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) memperuntukkan dana RM100 juta kepada platform pembiayaan antara rakan setara (P2P) terkemuka di Malaysia, dengan bahagian terbesar diberikan kepada microLEAP.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau.

MPOB Meterai MoA Dengan Salcra, Mygro Trading Bagi Penyelidikan Sawit Di Sarawak

KUCHING, 14 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) dan Mygro Trading Sdn Bhd bagi penyelidikan bahan mentah alternatif untuk formulasi makanan ternakan berasaskan sawit serta mencegah ancaman penyakit tanaman.

Belanjawan 2025: Industri Automotif Harap Tempoh Pengecualian Cukai Jalan EV Dilanjutkan

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).

DAT Percepat Sasaran Malaysia Capai Status Negara Berpendapatan Tinggi - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.