BERITA TERKINI   APG 2025: Malaysia capai sasaran 181 pingat menerusi sukan tenis kerusi roda | Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sasar 30,000 lantikan penjawat awam tahun ini - Pengerusi | Ahmad Zahid harap parti teras BN terus bersama dan diperkukuh termasuk MIC | RPN 2026-2035: Tabika KEMAS ubah suai, selaras silibus untuk didik kanak-kanak 3 dan 4 tahun - TPM Ahmad Zahid | APG 2025: Malaysia capai sasaran 55 pingat emas menerusi Wong Kar Gee dalam acara lompat jauh T12 | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengeluar Amerika Syarikat lewat malam ini.

Kontrak niaga hadapan emas bulan semerta Oktober 2024 meningkat kepada US$2,668.10 satu auns troy daripada US$2,645.90 satu auns troy yang disaksikan pada Jumaat lepas, manakala November 2024 melonjak kepada US$2,689.90 satu auns troy berbanding US$2,667.70 satu auns troy sebelum ini.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya lebih kukuh pada US$2,691.30 satu auns troy daripada US$2.669.10 satu auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada lima lot daripada 24 lot, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 14 kontrak daripada 53 kontrak sebelumnya.

Menurut penetapan petang London Bullion Market Association pada 11 Okt, harga emas fizikal berada pada US$2,648.80 satu auns troy.

-- BERNAMA