BERITA TERKINI   Bekas PTD Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan terima wang hasil aktiviti haram RM145,000 | Bekas PAT Mohd Nizam Jaffar mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan guna kedudukan, terima lebih RM700,000 dan pecah amanah RM3 juta | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di  Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin walaupun prestasi pasaran tunai pendasar lebih baik.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 susut 4.5 mata kepada 1,633.50, November 2024 dan Mac 2025 turun 3.0 mata masing-masing kepada 1,637.50 dan 1,629.0 manakala Disember 2024 berkurang 4.0 mata kepada 1,640. 

Jumlah dagangan merosot kepada 5,984 lot daripada 6,258 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 46,388 kontrak daripada 46,608 kontrak sebelumnya.            

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 0.18 peratus atau 2.99 mata kepada 1,636.54 daripada paras penutup 1,633.55 pada Jumaat.

-- BERNAMA