Terdapat 1633 berita berdasarkan kata kunci carian " kadar"

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Kerajaan Komited Pastikan Inflasi Kesihatan Kekal Sederhana Termasuk Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kerajaan komited dalam memastikan inflasi kesihatan kekal menyederhana termasuk di Sarawak, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.

Kepimpinan MADANI Bentuk Era Baharu Pembangunan, Ekonomi Inklusif - KSN

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Pasaran Getah Menaik Walaupun Kesan Monsun Timur Laut - Pakar

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan tidak berubah tetapi condong sedikit dalam aliran menaik disebabkan kesan Monsun Timur Laut, yang boleh berlangsung selama beberapa bulan, kata pakar industri Denis Low.

Ringgit Ditutup Rendah Selepas Kenaikan Selama Tiga Hari

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.

Kumpulan H&L Dan Prosperous Plantation Gabung Ladang Untuk Tingkatkan Hasil

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kumpulan H&L High Tech Bhd, H&L High-Tech Deco Sdn Bhd telah memeterai perjanjian penggabungan ladang dengan Prosperous Plantation PLT (PPP) untuk mencapai skala ekonomi dan meningkatkan pengeluaran.

Harga Minyak Diunjur Dalam Julat Antara US$65 Dan US$75 Setong Pada 2025

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Harga minyak diunjurkan berada dalam julat antara US$65 dan US$75 (US$1=RM4.46) setong pada 2025, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings).

Ringgit Teruskan Momentum Positif, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum positif baru-baru ini untuk diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Jumaat.

Dua Tahun Kerajaan Madani: Menukar Cabaran Kepada Pencapaian

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Dalam tempoh hanya dua tahun mentadbir negara, kerajaan MADANI telah mencapai titik perubahan penting dalam pembaharuan ekonomi Malaysia, selain langkah menangani ketidakcekapan entiti milik kerajaan, membina asas ekonomi yang berdaya tahan pada tahun pertama pentadbirannya.

Johor Bentang Belanjawan 2025 Dengan Lebihan RM5.12 Juta

ISKANDAR PUTERI, 21 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Johor 2025 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM5.12 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Diasak Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berhati-hati terhadap trajektori pengurangan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan AS dalam masa terdekat, kata penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Niaga Hadapan Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran menaik untuk ditutup tinggi hari ini, didorong oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang meningkat dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, kata peniaga.