BERITA TERKINI   Malaysia tetapkan sasaran capai RM100 bilion dalam jualan francais negara menjelang 2030 - Ahmad Zahid | Sukan SEA 2025: Jaguh renang negara Khiew Hoe Yean raih pingat emas 400m gaya bebas lelaki dengan catatan masa 3:50.63s | Thailand akan adakan pilihan raya umum pada 8 Feb - Suruhanjaya Pilihan Raya | Sukan SEA 2025: Kuartet 4x100 meter lelaki negara rangkul perak, pecah rekod kebangsaan dengan catatan baharu 39.03 saat | Sukan SEA 2025: Atlet olahraga negara Andre Anura Anuar rangkul emas lompat jauh lelaki | 

Kumpulan H&L Dan Prosperous Plantation Gabung Ladang Untuk Tingkatkan Hasil

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kumpulan H&L High Tech Bhd, H&L High-Tech Deco Sdn Bhd telah memeterai perjanjian penggabungan ladang dengan Prosperous Plantation PLT (PPP) untuk mencapai skala ekonomi dan meningkatkan pengeluaran.

Cadangan penggabungan melibatkan gabungan lot tanaman PPP, berjumlah kira-kira 182.8 hektar (dengan keluasan tanaman yang dipersetujui seluas 163 hektar tanaman kelapa sawit) bernilai RM871,558 dengan lot tanaman sedia ada H&L, meliputi sekitar 592.45978 hektar (tanaman kelapa sawit) di kawasan Kampung Nyalau, Bintulu, Sarawak.

Bersama-sama, lot tanaman tersebut akan membentuk ‘estet gabungan’.

Kumpulan H&L dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata penggabungan berkenaan akan membantu meningkatkan pengeluaran dan sumbangan hasil kepada kumpulan.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian penggabungan estet, syarikat tersebut bersetuju untuk menerbitkan 1.24 juta saham baharu kepada PPP pada harga terbitan RM1.00 sesaham.

Ia akan terdiri daripada 373,525 saham baharu yang akan diterbitkan dengan pertimbangan tunai berjumlah RM373,525, dan 871,558 saham baharu, diterbitkan untuk pertimbangan bukan tunai sebanyak RM871,558.

“Saham baharu itu mewakili 21.5855 peratus daripada jumlah saham terbitan yang diperbesarkan sebanyak 5,768,166 saham biasa dalam H&L.

“Jumlah modal saham terbitan diperbesarkan ialah RM5.76 juta,” kata Kumpulan H&L.

Cadangan penggabungan itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas pendapatan, aset bersih, tahap kadar hutang, modal saham dan pegangan saham pemegang saham bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober, 2025.

-- BERNAMA