BERITA TERKINI   PRK Kinabatangan, Lamag: pusat pengundian awal ditutup pada 5 petang ini - SPR | Terbitan bon korporat Malaysia diunjurkan sebanyak RM130 bilion–RM140 bilion pada 2026, melebihi purata sejarah RM122 bilion -- RAM Ratings | PRK Kinabatangan: Sebanyak 89.42 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 3 petang - SPR | PRK Lamag: Sebanyak 89.89 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 3 petang - SPR | Maybank memperuntukkan RM10 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang untuk memodenkan dan memantapkan teknologinya - Presiden Kumpulan Khairussaleh Ramli | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Niaga Hadapan Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran menaik untuk ditutup tinggi hari ini, didorong oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang meningkat dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, kata peniaga. 

Beliau berkata sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli global dan keputusan China untuk mengekalkan kadar pinjaman yang menjadi penanda arasnya tidak berubah.

Agensi Meteorologi Thailand turut mengeluarkan amaran hujan lebat dan kemungkinan berlakunya banjir kilat bermula 19 Nov hingga 25 Nov, 2024. 

“Bagaimanapun, kenaikan berterusan dihadkan oleh petunjuk bercampur-campur daripada harga minyak mentah dan konflik berterusan antara Rusia-Ukraine, yang mempengaruhi sentimen pasaran,” katanya kepada Bernama.

Katanya niaga hadapan getah Jepun meningkat hari ini, dipacu oleh yen yang lemah dan sentimen pelabur yang positif di China, pengguna getah utama dunia.

Mengikut Lembaga Getah Malaysia (LGM), harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) melonjak 27.0 sen kepada 871 sen sekilogram manakala lateks pukal meningkat tiga sen kepada 682.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 kekal pada 864.5 sen sekilogram dan lateks pukal pada 681 sen sekilogram. 

-- BERNAMA