Terdapat 920 berita berdasarkan kata kunci carian "trump"

Indeks Pengeluaran Perindustrian Dijangka Sederhana Sekitar 2.0 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd mengunjurkan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia akan berkembang sederhana sekitar dua peratus tahun ini berbanding 3.7 peratus pada 2024, berikutan permintaan luar yang perlahan dan peningkatan tarif Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama)  -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas. 

Ringgit Kekal Stabil Didorong Optimisme Pasca Belanjawan Imbangi Pengukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pelabur terus cenderung terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu manakala perkembangan positif dalam negara selepas pembentangan Belanjawan 2026 membantu mengimbangi tekanan tersebut.

Selangor Mampu Tingkat Pulangan Pelaburan, Perkukuh Sumbangan KDNK - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Selangor mampu meningkatkan pulangan pelaburan daripada asetnya dan terus kekal menjadi penyumbang utama (26 peratus) kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Didorong Pengukuhan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi sedikit, menjejaki pengukuhan pasaran serantau dengan pembelian berterusan pada saham wajaran tinggi terpilih yang menyokong sentimen pasaran.

Lawatan Trump Berkaitan Sidang Kemuncak ASEAN, Bukan Jemputan Dua Hala Daripada Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Jemputan Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang akan datang di Kuala Lumpur pada Oktober ini perlu dilihat sebagai sebahagian daripada strategi hubungan ASEAN yang lebih luas dan bukan inisiatif Malaysia semata-mata.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh aktiviti pembuatan global yang lemah dan kebimbangan mengenai penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) tanpa kehadiran pemain pasaran China, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah Susulan Pendekatan Berhati-hati

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia susut daripada kenaikan awalnya untuk ditutup tidak berubah pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman dasar dalam negara dan kebimbangan kemungkinan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan Wall Street yang ditutup tinggi secara menyeluruh minggu lepas, kata penganalisis.

Tarif AS Dijangka Beri Kesan Kepada Dagangan Di Bursa Malaysia Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan tidak menentu minggu depan dalam persekitaran ketidaktentuan mengenai langkah tarif Amerika Syarikat (AS) walaupun pembelian institusi yang berterusan sepatutnya menyokong kecenderungan positif.

ASEAN Terus Teguh dan Bersatu, Pertingkat Integrasi Ekonomi

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Negara ekonomi Asia Tenggara telah menyuarakan mesej jelas bahawa pasaran mereka masih terbuka kepada perniagaan walaupun berdepan dengan langkah perlindungan dan tarif mencabar yang menjejaskan perdagangan bebas serta menimbulkan pelbagai ketidaktentuan di seluruh dunia.

Perkukuh Kerjasama Perdagangan Global Susulan Tarif 100 Peratus AS Ke Atas Farmaseutikal 

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Negara di seluruh dunia perlu mengukuhkan kerjasama dan memperluas perkongsian perdagangan multilateral bagi menyokong globalisasi khususnya berikutan langkah Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif 100 peratus ke atas produk farmaseutikal bermula 1 Okt 2025.