Terdapat 4746 berita berdasarkan kata kunci carian "sas"

VentureTech Labur Dalam Firma Teknologi Pendidikan, Sokong Pengembangan Serantau

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Syarikat pelaburan VentureTech Sdn Bhd melabur dalam firma teknologi pendidikan (edtech) Tymba Education Group yang mengkhususkan dalam kelayakan perakaunan dan kewangan profesional.

Adex Media Dijangka Menguncup Lebih Sederhana Pada 2026 - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan penguncupan yang lebih sederhana dalam perbelanjaan pengiklanan media (adex) tahun ini, disokong oleh kesan asas yang rendah dan peningkatan aktiviti pemasaran bersempena acara-acara sukan utama.

Proton Sasar Jual Sehingga 200,000 Unit Kenderaan Pada 2026

SHAH ALAM, 28 Jan (Bernama) -- Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd (Proton) menyasarkan jualan sehingga 200,000 unit kenderaan pada 2026, didorong oleh pelan hala tuju teknologi masa depannya yang komprehensif. 

RAM Ratings Naikkan Penarafan Bon YTL Corp, YTL Power Kepada AAA

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menaikkan penarafan jangka panjang program hutang YTL Corporation Bhd (YTL Corp) kepada AAA, susulan peningkatan berterusan prestasi operasi, keuntungan dan profil kewangan kumpulan itu.

Ringgit Meningkat Semula, Antara Mata Wang Berprestasi Terbaik Di Asia - Ahli Ekonomi Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Ringgit mencatatkan peningkatan semula yang lebih kukuh, melonjak daripada paras kira-kira 4.70 berbanding dolar AS beberapa tahun lepas kepada paras 3.90 pada masa ini, menjadikannya antara mata wang berprestasi terbaik di Asia, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia Apurva Sanghi.

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Susut 2.7 Peratus Pada Disember 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, terus mencatatkan penurunan 2.7 peratus pada Disember 2025, selepas susut 1.8 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM).

ECERDC Kini Tumpu Fasa Pembangunan Bersasar Di Bawah EDP 2026-2030

Oleh Siti Noor Afera Abu & Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kini memasuki fasa yang lebih menumpukan pembangunan bersasar, selaras dengan pelancaran Pelan Pembangunan Pantai Timur (EDP) 2026-2030 serta kejayaan melepasi sasaran pelaburan dan pewujudan kerja ditetapkan Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (EMP 2.0).

BS Freshmart Sasar RM1.25 Bilion Pendapatan Tahun Ini

KUALA SELANGOR, 28 Jan (Bernama) -- Syarikat Pasaraya BSK Sdn Bhd (BS Freshmart) menyasarkan hasil pendapatan kira-kira RM1.25 bilion menjelang hujung tahun ini.

ISF Group Sasar Peroleh Projek Pusat Data Selepas Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- ISF Group Bhd akan terus mendapat manfaat daripada pengembangan pusat data di Malaysia selepas penyenaraiannya di Pasaran ACE dengan memperoleh lebih banyak projek tahun ini.

Kedai Rakan Niaga SARA Meningkat Kepada Lebih 10,000 Di Seluruh Negara Setakat 26 Jan - Liew 

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Jumlah kedai Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada 10,447 di seluruh negara setakat 26 Jan 2026 berbanding hanya 700 kedai pada 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Sabah Berkedudukan Strategik Jadi Hab Ekonomi Biru - Timbalan Menteri Ekonomi

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kekayaan sumber asli, biodiversiti, serta kedudukan strategik negeri Sabah akan dimanfaatkan bersama infrastruktur moden, teknologi hijau dan ekonomi baharu terutamanya dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Pelabur Ambil Untung

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengalami penurunan selepas merekodkan kenaikan baru-baru ini untuk dibuka rendah pada Rabu, apabila pelabur mengambil untung susulan pasaran mencapai paras tertinggi baharu dan menilai prestasi tidak menentu di Wall Street, kata penganalisis.