9bulan ago
KUALA LUMPUR, Julai 4 (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Kanada Mark Carney berharap rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada dapat dimuktamadkan secepat mungkin demi manfaat bersama.
9bulan ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
ROME, 2 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu dengan barisan eksekutif tertinggi tiga syarikat terkemuka Itali pada hari kedua lawatan kerja beliau ke negara itu, sambil menegaskan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang stabil, progresif dan dipercayai.
9bulan ago
JOHOR BAHRU, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri yakin Johor berada di landasan tepat untuk muncul sebagai pemacu ekonomi baharu Malaysia apabila negeri ini mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tertinggi pada 2024 berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
9bulan ago
Oleh Samantha Tan Chiew Tieng
PUTRAJAYA, 2 Julai (Bernama) -- Meskipun ketegangan geopolitik di Timur Tengah yang mencetuskan kebimbangan potensi penutupan Selat Hormuz serta gangguan bekalan tenaga global, ekonomi Malaysia kekal berada di landasan kukuh hasil strategi kerajaan yang inklusif dan bersifat jangka panjang.
9bulan ago
JOHOR BAHRU, 30 Jun (Bernama) -- Pasaran hartanah Johor dijangka memasuki fasa pertumbuhan baharu susulan pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan pembangunan berterusan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura.
9bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Pesuruhjaya Tinggi baharu United Kingdom (UK) di Malaysia Ajay Sharma menjadikan usaha memperkukuh kerjasama dua hala sebagai keutamaan, dengan tumpuan khusus terhadap sektor semikonduktor yang berkembang pesat serta pembangunan reka bentuk cip bersepadu dan pembuatan termaju.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Australia sedang mempergiatkan usaha untuk mengukuhkan penglibatan ekonominya dengan Asia Tenggara menerusi misi perdagangan dan pelaburan peringkat tertinggi, yang kini dalam lawatan ke Malaysia dan Singapura.
9bulan ago
JOHOR BAHRU, 25 Jun (Bernama) -- Kerjasama antara kerajaan negeri Johor melalui Invest Johor dan syarikat teknologi Jepun, NEOJAPAN Inc. dimeterai baru-baru ini dijangka mewujudkan 300 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji bermula RM4,000 untuk graduan baharu.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyediakan format dan contoh baucar dividen baharu kepada pembayar cukai yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi www.hasil.gov.my.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang telah diluluskan oleh kerajaan, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Inisiatif pembaharuan fiskal oleh kerajaan termasuk memperluas skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan merasionalisasikan subsidi elektrik dan diesel, bertujuan memastikan kemampanan fiskal di samping melindungi kumpulan berpendapatan rendah dan sektor penting.
9bulan ago
PETALING JAYA, 18 Jun (Bernama) -- Jumlah kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diunjur bertambah sebanyak RM5 bilion bagi 2025 dan RM10 bilion pada 2026 selepas pelaksanaan semakan dan peluasan skop yang bermula 1 Julai ini.