4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) - Sektor pembuatan dijangka mencatatkan prestasi lemah pada separuh kedua 2025 berikutan tekanan kos yang berterusan dan jangkaan permintaan yang lebih lemah, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- BRICS dan negara rakan kerjasamanya perlu menumpukan kepada misi kolektif untuk mewujudkan teknologi dan pekerjaan serta kesejahteraan bagi golongan bawahan penduduk dunia, dan usaha ini memerlukan tindakan segera.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran pertumbuhan sektor pembuatan Malaysia bagi 2025 pada kadar 3.9 peratus, lebih rendah berbanding 4.3 peratus pada tahun lepas dengan mengambil kira unjuran berhati-hati terhadap perdagangan luar negara.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) kekal berhati-hati terhadap prospek sektor pembuatan Malaysia di sebalik ketidaktentuan perdagangan global dan tarif yang berterusan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan geopolitik dan perdagangan global, lebih baik berbanding beberapa negara ASEAN antaranya Singapura dan Thailand pada suku kedua tahun ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) secara rasmi mengiktiraf pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai piawaian kemampanan yang boleh dipercayai dengan sistem kebolehkesanan digital berstandard tinggi yang dapat membantu pengendali mematuhi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kebergantungan ketara ASEAN terhadap eksport, terutamanya di Malaysia dan Singapura, menimbulkan cabaran apabila kelembapan ekonomi China mula menjejaskan prospek pertumbuhan serantau, kata seorang ahli ekonomi.
4bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) menunjukkan keyakinan bahawa ekonomi semasa sesuai untuk menyokong pertumbuhan tanpa menimbulkan risiko pemanasan melampau atau ketidakseimbangan kewangan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
4bulan ago
PUTRAJAYA, 1 Sept (Bernama) -- Malaysia mencatatkan sejarah baharu dalam sektor maritim apabila Lloyd’s List 2025 mengumumkan Pelabuhan Klang berada di tangga ke-10 dalam senarai 100 Pelabuhan Utama, sekali gus menempatkannya dalam kelompok 10 pelabuhan kontena paling sibuk di dunia buat julung-julung kali.
4bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Keputusan mahkamah rayuan Amerika Syarikat (AS) yang mengisytiharkan kebanyakan tarif Presiden Donald Trump sebagai tidak sah boleh memberi kelegaan kepada ekonomi global dengan mengurangkan tekanan kos kepada perniagaan dan memulihkan permintaan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia terus meraih minat dan keyakinan pelabur negara-negara perkumpulan BRICS dengan jumlah pelaburan diluluskan mencecah RM8.54 bilion bagi tempoh suku pertama 2025.