Terdapat 2028 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa malaysia"

AORB, Datuk Bandar Kota Kinabalu Meterai MOA Berjumlah RM360 Juta Bagi Projek Pemulihan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Alpha Ocean Resources Bhd (AORB) telah memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Datuk Bandar Kota Kinabalu bagi cadangan projek pemulihan melibatkan pembangunan pelabuhan pendaratan perikanan laut dalam dan tuna, infrastruktur pelancongan marin dan hospitaliti. 

Saham Bursa Malaysia Susut Dalam Dagangan Awal Berikutan Prestasi Suku Kedua Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Saham Bursa Malaysia Bhd merosot dalam dagangan awal berikutan prestasi perniagaan yang rendah dicatatkan pada suku kedua berakhir 30 Jun 2025 (suku kedua 2025).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu menjejaki penurunan daripada prestasi semalaman Wall Street disebabkan aktiviti pengambilan untung menjelang jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan memutuskan untuk menurunkan kadar faedah.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Soya

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) pada Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada Selasa susulan pengukuhan harga minyak kacang soya, menurut peniaga minyak sawit David Ng.

Untung Bersih IGB REIT Lonjak Kepada RM92.51 Juta Bagi Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih IGB Real Estate Investment Trust (IGB REIT) meningkat kepada RM92.51 juta bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun 2025 daripada RM81.55 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pegangan Saham Felda Dalam FGV Naik Lebih 90 Peratus, Rancang Untuk Nyahsenarai

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menerima penerimaan yang sah untuk semua baki saham biasa dalam FGV Holdings Bhd dan memperoleh saham tawaran mencapai 91.73 peratus daripada jumlah saham terbitan FGV setakat 5 petang.

Untung Bersih DXN Susut Bagi Suku Pertama Susulan Kerugian Tukaran Asing

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih DXN Holdings Bhd (DXN) menyusut 13.6 peratus kepada RM73.91 juta pada suku pertama berakhir 31 Mei, 2025 (S1 TK2026) daripada RM85.56 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas susulan kerugian pertukaran asing (forex) yang didorong oleh pengukuhan ringgit.

Bursa Malaysia Akan Buat Cadangan Susulan Insiden Penggodaman Broker

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd akan mengeluarkan cadangan menjelang akhir September atau awal Oktober berikutan insiden penggodaman pada 24 April lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Fad'l Mohamed hari ini.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, sejajar dengan kejatuhan pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, seiring dengan penurunan di pasaran tunai pendasar.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Intra Hari

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra harinya pada Selasa susulan jualan lewat ketika para pelabur menunggu pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) pada Khamis.

Paramount Cadang Beli 28 Peratus Pegangan Envictus International Pada Harga RM126.32 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Paramount Corporation Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya Venice Concepts Sdn Bhd bercadang untuk membeli pegangan ekuiti sebanyak 28 peratus dalam Envictus International Holdings Ltd daripada JAG Capital Holdings Sdn Bhd pada harga S$38.33 juta (RM126.32 juta).