18hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung yang normal, dalam keadaan ketiadaan pemangkin domestik baharu.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) kekal positif terhadap sektor tenaga boleh baharu (TBB) berikutan pelancaran berterusan projek berskala utiliti termasuk Solar Berskala Besar (LSS) pusingan keenam (LSS6), Skim Pembekalan TBB Korporat (CRESS) dan program MyBest, yang terus menjadi tumpuan utama.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu dalam keadaan dagangan yang kurang memberangsangkan, dengan indeks petunjuk pasaran menyusut di bawah paras 1,670.
18hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, dengan indeks utama susut 0.45 peratus di tengah-tengah kekurangan pemangkin baharu dan aktiviti pengambilan untung yang sederhana, susulan kenaikan baru-baru ini.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan dana tambahan sebanyak RM2.5 bilion di bawah Dana BNM bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan tumpuan penyalurannya kepada peminjam kali pertama.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan pandangan positifnya terhadap FTSE Bursa Malaysia KLCI bagi 2026, dengan sasaran akhir tahun sebanyak 1,772 mata susulan Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggariskan agenda dipacu pembaharuan dan menyokong pertumbuhan.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Permintaan untuk hartanah di Malaysia kekal kukuh walaupun Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperluas dan langkah subsidi bahan api bersasar telah diperkenalkan, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
19hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Selasa dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut dalam persekitaran kekurangan penyertaan pelabur.
19hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan K.Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pelabur sedang menilai situasi antara AS dan Vanezuela, pemintaan terhadap dolar AS tidak bertahan lama berikutan risiko geopolitik semasa yang masih dalam kawalan.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini memaklumkan bayaran balik cukai yang selesai diproses sepanjang 2025 berjumlah RM22.5 bilion melibatkan 3,713,025 kes.
19hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini meningkat 0.63 peratus seiring dengan sentimen positif di pasaran utama Asia, disokong oleh kenaikan dalam saham teknologi.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Sektor perbankan dijangka teguh pada 2026 selepas dipacu oleh pertumbuhan kredit yang mampan; pengembangan margin faedah bersih; pendapatan bukan faedah yang berdaya tahan (NOII) dan kod penjelasan nasional (NCC) yang stabil, kata AmInvestment Bank Bhd.