Terdapat 61 berita berdasarkan kata kunci carian "sst"

MSM Sambut Baik Penjelasan Mekanisme Pengecualian SST Bagi Gula Mentah

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), pengeluar jenama gula bertapis nasional "Gula Prai", menyambut baik penjelasan yang dikeluarkan hari ini oleh Kementerian Kewangan berhubung Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas import gula mentah.

Pelaksanaan SST Beri Kesan Minimum Kepada Sektor Automotif -- CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd (CIMB Securities) telah mengunjurkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan pada Julai 2025, mempunyai kesan langsung yang terhad kepada sektor automotif.

Peluasan SST Beri Impak Langsung Terhad Ke Atas KDNK, Inflasi - RHB IB

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka memberi kesan langsung terhad kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan inflasi kerana hanya menyasarkan barangan bukan perlu serta sektor perkhidmatan terpilih, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Gula Bertapis Kekal Tidak Dikenakan Cukai Di Bawah Semakan SST - MOF

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Gula bertapis atau lebih dikenali sebagai gula putih, kekal tidak dikenakan cukai di bawah semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Ruang Penjanaan Hasil Masih Sempit, Peluasan Cukai Diperlukan Untuk Kelanjutan Fiskal - PMO

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Ruang penjanaan hasil masih sempit dan peluasan cukai diperlukan demi memastikan kelanjutan fiskal negara, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

MSM Ulangi Gesaan Tarif Ke Atas Gula Import, Tangani Lambakan Di Pasaran

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) hari ini mengulangi gesaan agar kerajaan mengenakan tarif ke atas gula import  bagi menangani lambakan gula Thailand yang berharga lebih rendah di pasaran tempatan.

Malaysia Ketengah Pembaharuan Penjagaan Kesihatan, Kewangan Di Simposium Sasana 2025

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Simposium Sasana 2025 Bank Negara Malaysia (BNM) yang berakhir hari ini, menjadi pentas bagi penegasan keperluan semasa dan mendadak untuk tindakan bersama  memangkin pembaharuan struktur demi melonjakkan daya tahan Malaysia dalam jangka panjang.

MOF Jangka Impak Kenaikan Inflasi Terkawal, Kurang 0.25 Peratus Susulan Semakan SST

Oleh Zufazlin Baharuddin

PETALING JAYA, 18 Jun (Bernama) -- Kadar inflasi dijangka kekal terkawal dengan unjuran kenaikannya kurang daripada 0.25 peratus susulan pelaksanaan semakan dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 Julai ini.

Pembaharuan Fiskal Akan Seimbang Kemampanan Fiskal, Ekuiti Sosial

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Inisiatif pembaharuan fiskal oleh kerajaan termasuk memperluas skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan merasionalisasikan subsidi elektrik dan diesel, bertujuan memastikan kemampanan fiskal di samping melindungi kumpulan berpendapatan rendah dan sektor penting.

Semakan SST: Kutipan Cukai Dijangka Bertambah RM5 Bilion Pada 2025, RM10 Bilion Pada 2026

PETALING JAYA, 18 Jun (Bernama) -- Jumlah kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diunjur bertambah sebanyak RM5 bilion bagi 2025 dan RM10 bilion pada 2026 selepas pelaksanaan semakan dan peluasan skop yang bermula 1 Julai ini.

Kerajaan Ambil Kira Pandangan Pelbagai Pihak Dalam Semakan SST

IPOH, 17 Jun (Bernama) -- Pandangan pelbagai pihak tetap diambil kira jika terdapat penambahbaikan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa, dalam semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan.

Aktiviti Ambil Untung, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia kekal mendatar setakat tengah hari Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan, terutamanya membabitkan saham-saham perladangan dan tenaga, kata penganalisis.