13jam ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd berjaya menerbitkan sukuk murabahah senior bernilai RM1.0 bilion menerusi program sukuk murabahah RM10 bilion.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Kemajuan teknologi, pengetahuan dan penciptaan harta intelek (IP) serta bakat boleh menjadi pemangkin untuk mengembangkan sektor automotif dan semikonduktor Malaysia di samping memperkukuh sinergi antaranya, menurut PricewaterhouseCoopers Associates Sdn Bhd (PwC).
15jam ago
SHAH ALAM, 28 April (Bernama) -- Cadangan pembangunan industri berfokuskan aeroangkasa di Sepang dijangka menjadi pemangkin utama kepada transformasi ekonomi serantau di bawah kerangka Pembangunan Bersepadu Wilayah Selatan Selangor (IDRISS).
15jam ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) – Tekanan kos dalam sektor Insurans dan Takaful Perubatan serta Kesihatan (MHIT) di Malaysia didorong terutamanya oleh peningkatan penggunaan perkhidmatan kesihatan serta ketidakselarasan insentif dalam sistem penjagaan kesihatan, dan bukannya kenaikan mendadak kos rawatan semata-mata, menurut laporan Kumpulan Bank Dunia.
15jam ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pasaran ekuiti tempatan kekal berdaya tahan dengan peningkatan 1.5 peratus pada Jumaat lepas, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap asas ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) mencatatkan jumlah aset industri sebanyak US$94 bilion (AS$1=RM3.95) pada 2025, meningkat 13 peratus berbanding tahun sebelumnya.
17jam ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kedutaan Jepun di Malaysia telah bersetuju untuk meneroka rangka kerja kerjasama yang dipertingkat bagi menyokong perniagaan Jepun yang ingin menubuhkan atau mengembangkan operasi di Malaysia.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Aspek kestabilan politik adalah penting bagi membolehkan mana-mana negara atau ekonomi menangani cabaran ekonomi yang ketara di tengah-tengah realiti ketidaktentuan global, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Malaysia berada dalam keadaan lebih baik berbanding negara-negara lain di rantau ini dalam usaha menangani impak krisis Asia Barat susulan intervensi awal kerajaan membina daya tahan ekonomi negara sejak tiga tahun lepas.
1hari ago
SUNGAI PETANI, 27 April (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Hong Leong Islamic Bank (HLB Islamic) hari ini menganjurkan forum khusus bagi memperkukuh ekosistem dan akses usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di wilayah utara.
1hari ago
Daripada Fadzli Ramli
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) kini pada peringkat akhir untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan memuktamadkan perkongsian komprehensif dalam usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dan hubungan dua hala.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Malaysia perlu terus berwaspada dan memperkukuh daya tahan negara untuk berdepan ancaman siber baharu susulan perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.