Terdapat 21 berita berdasarkan kata kunci carian "knm"

KNM Dinyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 5 November 2025

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Syarikat di bawah Nota Amalan 17 (PN17), KNM Group Bhd akan dinyahsenarai daripada senarai rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd pada 5 November ini susulan tindakan bursa menolak pelan pemulihannya.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Prestasi Suram Pasaran Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Jumaat lebih rendah susulan sentimen berhati-hati di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang suram, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Teruskan Penurunan Seiring Prestasi Pasaran Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan untuk ditutup rendah sedikit pada Rabu, mencerminkan pasaran serantau yang lemah berikutan kebimbangan yang meningkat terhadap kemungkinan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang berpanjangan.

Bursa Malaysia Rendah Ketika Akhir Sesi Pagi, Jejaki Pasaran Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah ketika tengah hari pada Rabu, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lemah berikutan aktiviti pengambilan untung, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Dipengaruhi Penurunan Di Wall Street

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki prestasi lemah Wall Street apabila pelabur kekal dengan sentimen berhati-hati berikutan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang berpanjangan.

KNM Terima Notis Tuntutan Cadangan Pelupusan Anak Syarikat Jerman

KUALA LUMPUR, 7 Okt  (Bernama) -- KNM Group Bhd telah menerima notis tuntutan bertulis untuk mempertimbangkan cadangan pelupusan melibatkan anak syarikat Jermannya, Deutsche KNM GmbH (DKNM).

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Selasa, susulan aktiviti pengambilan untung di kaunter berwajaran tinggi terpilih, didahului sektor penjagaan kesihatan dan pembinaan, sekali gus mempengaruhi sentimen pasaran, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Ketika Wall Street Catat Prestasi Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari Selasa dalam persekitaran prestasi semalaman bercampur-campur di Wall Street dan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Catat Paras Tertinggi Intra Hari Pada Isnin Sejajar Prestasi Serantau Lebih Baik

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya pada Isnin, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang lebih kukuh, disokong oleh minat belian berterusan dalam saham penjagaan kesihatan dan kewangan, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Didorong Pengukuhan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi sedikit, menjejaki pengukuhan pasaran serantau dengan pembelian berterusan pada saham wajaran tinggi terpilih yang menyokong sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Merosot Selepas Catat Kenaikan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh pasaran serantau yang kukuh tetapi kemudian merosot berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana menjejaskan saham wajaran tinggi terpilih, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih kukuh pada Rabu, dengan indeks utama meningkat 0.46 peratus, didorong oleh minat belian dalam saham wajaran tinggi dan mengikut jejak Wall Street yang secara umumnya ditutup tinggi.