Terdapat 6483 berita berdasarkan kata kunci carian " syarikat"

Batik Air Malaysia Tambah 10 Pesawat, Sasar 85 Peratus Prestasi Tepat Masa

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Batik Air Malaysia (Batik Air) merancang untuk menambah 10 lagi pesawat tahun ini, menjadikan keseluruhan armadanya kepada 63 kapal terbang.

Ekuiti Malaysia Capai Paras Paling Kukuh, Dipacu Keteguhan Ringgit, Asas Tempatan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid dan Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran ekuiti Malaysia melonjak kepada paras paling kukuh dalam tempoh tujuh tahun pada Selasa, dipacu keyakinan baharu pelabur, disokong pengukuhan ringgit dan perubahan dinamik modal global, sekali gus mendorong penilaian semula terhadap profil risiko negara, menurut ahli ekonomi.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Kelemahan Pasaran Comex AS

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi suram pasaran Comex Amerika Syarikat.

Jumlah Perdagangan Malaysia Diunjur Tumbuh Tiga Hingga Lima Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan sederhana antara 3.0 hingga 5.0 peratus tahun ini meskipun berdepan cabaran luaran global, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin.

Ringgit Cecah Paras Tertinggi Lebih Tujuh Tahun Pada 3.95, Tahap Sokongan Baharu 3.8722

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan mencecah satu lagi paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 3.95 hari ini dengan ahli ekonomi menjangkakan paras sokongan baharu seterusnya pada RM3.8722.

Equinix Sasar Pertumbuhan Merentasi Malaysia Berikutan Lonjakan Permintaan Pusat Data

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Equinix Inc sedang aktif meneroka peluang-peluang di Malaysia dalam usahanya untuk memberi perkhidmatan dan memenuhi permintaan pelanggan masa depan dengan berkesan berikutan peningkatan minat dalam pasaran pusat data negara.

Jumlah Penyenaraian Pasaran IPO Malaysia Ungguli Asia Tenggara Pada 2025 - Deloitte

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia mendahului negara lain di Asia Tenggara dari segi jumlah penyenaraian, dengan 59 IPO meraih US$1.4 bilion (2024: 55 IPO meraih US$1.6 bilion), terutamanya melalui Pasaran ACE (US$1 = RM3.96).

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki pergerakan menurun dalam niaga hadapan getah serantau dan minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.

Teamstar Bhd Sasar IPO Kumpul Dana Berjumlah RM34.32 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Teamstar Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 25 Feb, 2026, menyasarkan untuk mengumpul sejumlah RM34.32 juta menerusi langkah tawaran awam permulaan (IPO).

Pasaran Hartanah Malaysia Masih Diminati Pelabur Asing Walaupun Ringgit Kukuh - JLL

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia terus menerima permintaan daripada pelabur asing pada 2026 walaupun ringgit semakin kukuh, disokong oleh harga hartanah mampu milik di rantau Asia Tenggara.

Stesen Janakuasa Baharu Labuan Bakal Perkukuh Bekalan Tenaga, Tingkat Keyakinan Pelabur

LABUAN, 27 Jan (Bernama) -- Projek stesen janakuasa Rancha yang bakal dibina di sini dijangka dapat mengukuhkan lagi jaminan bekalan kuasa Labuan, menyelesaikan isu gangguan elektrik yang berlarutan dan meningkatkan daya tarikan pulau itu sebagai destinasi pelaburan.

Ringgit Capai Paras Tertinggi Baharu 3.9540 Berbanding Dolar AS, Terus Catat Aliran Meningkat

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit diniagakan pada 3.9540 berbanding dolar AS pada rehat tengah hari ini, mencatatkan paras tertinggi baharu sejak 15 Mei 2018 dan aliran meningkat itu dijangka berterusan.