BERITA TERKINI   Banjir di Sabah pulih, semua pusat pemindahan sementara di Beaufort ditutup 2 petang - Sekretariat JPBN | Bantuan khas sebulan gaji sempena Aidilfitri untuk penjawat awam Johor termasuk kontrak - Onn Hafiz | Perkhidmatan Exco Pulau Pinang Fahmi Zainol ditamatkan secara rasmi hari ini - Chow | Bekas menteri, KSU antara 12 individu beri keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan - KP SPRM | SPRM laksana pembekuan akaun dan sitaan bernilai RM7.7 juta menerusi Op Middleman - KP SPRM | 

Terdapat 488 berita berdasarkan kata kunci carian " subsidi"

Harga Pengangkutan, Makanan Hadapi Tekanan Awal Daripada Konflik Timur Tengah

PUTRAJAYA, 4 Mac (Bernama) -- Harga pengangkutan dan makanan dijangka menerima tekanan paling awal dan paling ketara susulan konflik geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Perbelanjaan Subsidi Diesel Susut Kepada RM6.2 Bilion Pada 2025, Jimat RM4 Bilion - MOF

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Perbelanjaan sebenar subsidi diesel berkurang kepada RM6.2 bilion pada 2025 berbanding RM10.1 bilion pada 2024, sekali gus mencatatkan penjimatan sebanyak RM4 bilion.

Unit Gadang Beli Tanah Pegangan Bebas Di Johor Bahru Bernilai RM75.48 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Subsidiari tidak langsung milik penuh Gadang Holdings Bhd, City Version Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan Tanahmas Kapital Sdn Bhd untuk memperoleh 4.52 hektar (11.18 ekar) tanah di Johor Bahru pada harga RM75.48 juta.

Lonjakan Permintaan LNG Malaysia Dijangka Sokong Pertumbuhan Ekonomi - CIMB

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Eksport Gas Asli Cecair (LNG) negara yang kukuh memberi kelebihan kepada Malaysia daripada kenaikan harga gas, dengan anggaran setiap kenaikan US$5 per juta  British Thermal Unit (mmbtu) dapat menyumbang kira-kira 1.23 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam akaun semasa.

Kerajaan Kekalkan Harga Subsidi RON95 Pada RM1.99 Seliter - Menteri Ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan terus kekalkan harga subsidi RON95 pada paras RM1.99 seliter dan tidak bercadang untuk melakukan sebarang perubahan drastik dari segi harga serta dasar ketika ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Pendedahan Malaysia Kepada Konflik AS-Iran Sederhana, Boleh Urus - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Malaysia mempunyai pendedahan yang sederhana kepada konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang sedang berlaku dan keadaan itu boleh diurus dari sudut makroekonomi, kata ahli ekonomi.

Hampir 14.8 Juta Nikmati BUDI95, Nilai Jualan RM12.8 Bilion Setakat 28 Feb - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Hampir 14.8 juta daripada 16.5 juta individu yang layak atau lebih 88 peratus telah menikmati harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter melibatkan nilai jualan RM12.8 bilion atau penggunaan 6.46 bilion liter setakat 28 Feb 2026.

Strategi Pasaran Dijangka Hadkan Kesan Konflik Timur Tengah Terhadap Malaysia - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kesan ekonomi terhadap Malaysia susulan konflik di Timur Tengah dijangka kekal terkawal sekiranya ketegangan itu tidak berlarutan namun ketidaktentuan pasaran dalam jangka masa terdekat tidak boleh diketepikan, kata beberapa ahli ekonomi.

Konflik AS-Iran Dorong Turun Naik Pasaran, Harga Minyak Meningkat Dan Risiko Forex

Oleh Harizah Hanim Mohamed & Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pasaran global menjadi berhati‑hati pada Ahad susulan tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran dan risiko geopolitik yang meningkat berikutan situasi di Timur Tengah boleh mewujudkan sentimen mengelak risiko dan menjejaskan harga minyak, ringgit serta aliran perdagangan, kata penganalisis.

Malaysia Perlu Tumpu Pengukuhan Jangka Panjang Ringgit - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Malaysia tidak hanya tertumpu pada paras kadar pertukaran khusus ringgit tetapi sebaliknya pada kekuatan jangka panjang mata wang tersebut kerana ia mencerminkan kesihatan keseluruhan ekonomi negara.

Masa Sesuai Untuk Penggunaan Teknologi Baharu Ketika Ringgit Mengukuh - FMM

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Peningkatan nilai ringgit kira-kira 10 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2025 telah menurunkan kos teknologi dan peralatan yang diimport, menjadikannya masa sesuai untuk menerima pakai perisian dan jentera baharu, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Jacob Lee Chor Kok.

MOF Akan Bubar Syarikat MKD Berstatus Dorman Selepas Penuhi Obligasi Kewangan

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) akan membubarkan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) yang berstatus dorman selepas syarikat terbabit menyelesaikan isu berkaitan obligasi kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.