Terdapat 138 berita berdasarkan kata kunci carian " sentimen berhati-hati"

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh sentimen pasaran yang berhati-hati di tengah-tengah rundingan berterusan AS dan Iran membabitkan program nuklear, kata seorang ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang terus menjejaskan sentimen pasaran. 

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari ini, mencerminkan prestasi bursa serantau yang menggalakkan dan disokong oleh sentimen positif selepas kenaikan semalaman Wall Street yang kukuh.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang sederhana di kaunter terpilih, seiring dengan penurunan semalaman Wall Street dalam sentimen berhati-hati global yang berterusan.

Ringgit Diunjur Diniagakan Dalam Julat 4.05-4.06 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada 22 Januari ini.

Ringgit Ditutup Rendah Apabila Dolar AS Lebih Kukuh Pengaruhi Pasaran

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila dolar menjadi lebih kukuh berbanding mata wang utama lain selepas Presiden AS Donald Trump dilaporkan tiada rancangan untuk menyingkirkan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Momentum Belian Bertambah Baik

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat dengan dagangan kebanyakannya tertumpu kepada kaunter berwajaran tinggi utama.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan sentimen berhati-hati ketika pelabur terus memantau perkembangan terkini geopolitik dunia, termasuk hasrat Amerika Syarikat (AS) menghalang eksport minyak Venezuela.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Seiring Wall Street, Tiada Pemangkin Baharu

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga 2026 dengan lebih rendah, menjejaki kesuraman Wall Street serta di tengah-tengah sentimen berhati-hati berikutan tiada pemangkin baharu.

Tiada Pemangkin Baharu, Sentimen Berhati-hati Asak Ringgit Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Ringgit mencatat prestasi lebih rendah pada akhir urus niaga hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kumpulan mata wang utama ketika pelabur dan peniaga kekal berhati-hati menjelang unjuran kadar faedah negara maju itu bagi 2026.

Indeks Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Pasaran Meluas Positif Menjelang Pengumuman Fed

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan Rabu meskipun pasaran secara meluas adalah positif, seiring dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau dan isyarat bercampur-campur Wall Street.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Menjelang Pengumuman Data AS, Keputusan Bank Of Japan

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat dalam keadaan prestasi bercampur-campur di rantau ini, susulan sentimen berhati-hati pelabur berikutan kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh Bank of Japan (BOJ) serta data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang dijangka mempengaruhi keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) minggu depan.