Terdapat 1723 berita berdasarkan kata kunci carian " sentimen"

Dagangan Di Bursa Malaysia Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia dijangka kekal tidak menentu minggu depan selepas cuti sempena Hari Raya Aidilfitri walaupun trend secara keseluruhannya masih menunjukkan momentum kenaikan secara berperingkat.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan Susulan Kenaikan Harga Tenaga

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat minggu depan susulan konflik di Asia Barat.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak menentu minggu depan disebabkan pelabur terus memantau ketidakpastian dalam pergerakan harga minyak mentah.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Sentimen Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal dalam fasa konsolidasi minggu depan sejajar dengan sentimen berhati-hati dalam pasaran tunai.

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Selepas Fed AS Kekalkan Kadar Faedah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ringgit rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk mengekalkan kadar faedah, memberikan sokongan kepada mata wang AS itu.

Bursa Malaysia Di Tutup Rendah Susulan Jualan Saat Akhir Seiring Kelemahan Pasaran Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan pada saat-saat akhir dalam saham utama terutama sektor kesihatan, utiliti dan perkhidmatan kewangan, dan turut seiring dengan kelemahan pasaran serantau.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur Susulan Konflik Asia Barat Dorong Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis berikutan konflik Asia Barat mempengaruhi harga minyak mentah dan mendorong aktiviti pengambilan untung, kata peniaga.

Ringgit Meningkat Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, bagaimanapun ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan sentimen global yang bersikap berhati-hati terus memberi kesan kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun.

Ringgit Terus Kukuh Berbanding Dolar AS Susulan Harga Minyak Mentah Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan hari ini apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan harga minyak mentah yang rendah selepas langkah pelepasan Rizab Petroleum Strategik (SPR).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjelang Mesyuarat FOMC

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini ketika pasaran menunggu keputusan daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat berserta dengan penurunan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Peningkatan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, seiring prestasi positif pasaran serantau serta disokong oleh penyenaraian kukuh Sunway Healthcare Bhd.