Terdapat 388 berita berdasarkan kata kunci carian " penjual"

IPO SkyeChip Terlebih Langganan 95.03 Kali Menjelangan Penyenaraian

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SkyeChip Bhd telah terlebih langganan sebanyak 95.03 kali menjelang penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

SCIB Dapat Kelulusan Pemegang Saham Bagi Pelaksanaan Penjualan Bernilai RM151.19 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) memperoleh kelulusan pemegang saham bagi pelaksanaan penjualan strategik dengan nilai potensi keseluruhan sebanyak RM151.19 juta pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) syarikat itu.

Subsidiari KPS Consortium Peroleh Aset Industri Di Rawang Bernilai RM45.5 Juta

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Subsidiari milik penuh KPS Consortium Bhd (KPSCB), KPS Plywood Sdn Bhd, memeterai tiga perjanjian jual beli berasingan dengan Nautical Wealth Sdn Bhd (dalam pembubaran) bagi memperoleh beberapa hartanah di Rawang, Selangor, pada harga RM45.5 juta.

Shopee Lancar Inisiatif RM150 Juta 'Shopee Lindung Niaga' Perkukuh Daya Tahan PMKS

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Shopee melancarkan inisiatif Shopee Lindung Niaga bernilai RM150 juta bagi memperkukuh daya tahan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia melalui sokongan menyeluruh melibatkan penghantaran, modal kerja serta pemenuhan pesanan.

KHPT Cadang Ambil Alih Ngai Cheong Metal Industries Bernilai RM19.5 Juta

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- KHPT Holdings Bhd (KHPT) telah mencadangkan pengambilalihan 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Ngai Cheong Metal Industries Sdn Bhd (NCMI) dengan pertimbangan tunai sebanyak RM19.5 juta.

Institusi Tempatan Teruskan Belian, Catat Aliran Masuk Bersih RM534.2 Juta

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Institusi tempatan meruskan pembelian bersih bagi minggu kedua di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM534.2 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) hari ini.

Unit Lotte Chemical Titan, Anak Syarikat Di Indonesia Meterai Kontrak Nafta US$25.29 Juta

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd menerusi anak syarikat milik penuh, Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd (LCTM), serta anak syarikat di Indonesia, PT Lotte Chemical Indonesia (LCI), memeterai kontrak bagi penjualan nafta bernilai US$25.29 juta (US$1 = RM3.90).

Pelabur Asing Catat Aliran Masuk RM17.35 Bilion Di Lapan Pasaran Asia Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih bagi dua minggu berturut-turut merentasi lapan pasaran Asia, dengan jumlah aliran masuk bersih mencecah US$4.39 bilion (RM17.35 bilion), menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Arka Jual 40 Peratus Kepentingan Dalam Enfrasys Solutions Pada Harga RM43 Juta

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Arka Bhd bercadang untuk menjual 40 peratus kepentingan dalam syarikat sekutunya, Enfrasys Solutions Sdn Bhd (ESSB), kepada Joy Jewel Sdn Bhd (JJSB) pada harga tunai RM43 juta.

Rozali Ismail Lepas Jawatan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Tan Sri Rozali Ismail akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) dan bersara sebagai pengarah syarikat berkuat kuasa 30 Jun 2026.

Unit Crescendo Jual Tanah Perindustrian Di Johor Bernilai RM346.5 Juta

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Anak syarikat Crescendo Corporation Bhd (CCB), Crescendo Development Sdn Bhd, menjual tanah perindustrian pegangan bebas kosong seluas 20.12 hektar di Kota Tinggi, Johor kepada Digital Edge Data Centers (Malaysia) Sdn Bhd pada harga RM346.53 juta.

Malaysia Kekal Jadi Tarikan Utama Pelabur Asing Dengan Aliran Masuk Bersih RM98.5 Juta

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Malaysia menjadi satu-satunya pasaran Asia yang mencatat aliran masuk asing bersih minggu lepas, berjumlah RM98.5 juta, daripada lapan negara yang dipantau oleh MBSB Investment Bank Bhd.