BERITA TERKINI   Penerbangan MH8110 bawa 278 jemaah haji terpaksa mendarat di Oman susulan isu teknikal- TH | 

Terdapat 494 berita berdasarkan kata kunci carian " pembaharuan"

PIAM Lantik Semula Ng Kok Kheng Sebagai Pengerusi Bagi Penggal 2026-2028

KUALA LUMPUR, 30 April  (Bernama) -- Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah melantik semula Ng Kok Kheng sebagai pengerusinya bagi penggal 2026-2028, berkuat kuasa 29 April, 2026.

Golongan Bilionair Malaysia Dijangka Berkembang 39 Peratus Menjelang 2031

KUALA LUMPUR, 28 April  (Bernama) -- Populasi bilionair Malaysia dijangka meningkat sebanyak 39 peratus menjelang 2031, menurut Knight Frank dalam penerbitan utamanya, The Wealth Report.

Ketidaktentuan Global, Geopolitik Tuntut Penyesuaian Semula Ekonomi - PM Anwar 

PUTRAJAYA, 26 April (Bernama) -- Cabaran ekonomi global semasa yang dipengaruhi ketegangan geopolitik memerlukan Malaysia menyesuaikan semula keutamaannya dalam suasana ketidaktentuan yang semakin meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Perlu Buat Pembaharuan, Sesuaikan Respons Kepada Cabaran Global - Tengku Zafrul 

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Malaysia perlu melakukan pembaharuan atau menyesuaikan semula tindak balasnya terhadap perubahan struktur global, terutama dalam perdagangan apabila perubahan itu berlaku, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Malaysia Kekal Berdaya Tahan, Didorong Tumpuan Kepada Disiplin Fiskal - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia kekal berdaya tahan walaupun menghadapi kekangan bekalan global dan ketidaktentuan harga tenaga, didorong tumpuan kepada disiplin fiskal dan pembaharuan ekonomi.

Kerajaan Komited Kepada Reformasi Dasar, Libat Urus Dengan Syarikat, Pengurus Dana - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kerajaan terus komited terhadap pembaharuan dasar dan  libat urus yang berterusan dengan syarikat dan pengurus dana, yang mempunyai pilihan dalam menentukan destinasi pelaburan serta lokasi operasi pembuatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Terus Pacu Peralihan Tenaga Boleh Baharu, Integrasi Tenaga Serantau - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Malaysia akan terus beralih ke arah tenaga boleh baharu (RE) dan mengekalkan asas stabil dalam sistem tenaga yang akan menjadi peneraju kestabilan negara pada masa depan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

MISC Perkukuh Disiplin Kewangan Di Tengah-tengah Cabaran Geopolitik

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- MISC Bhd tekad untuk memberi keutamaan kepada pengurusan hutang yang berdisiplin, perancangan tunai proaktif dan pengoptimuman kos pembiayaan tahun ini bagi mendepani cabaran geopolitik semasa.

Laporan MIGHT Papar Tenaga Nuklear Sebagai Kunci Keterjaminan Tenaga Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Tenaga nuklear kini semakin berpotensi sebagai sumber tenaga yang stabil dan rendah karbon seterusnya melengkapkan tenaga boleh baharu serta mengukuhkan keterjaminan tenaga.

Malaysia, Thailand Amal Strategi Berbeza Subsidi Bahan Api Susulan Ketidaktentuan Harga Minyak Global

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Malaysia dan Thailand mengamalkan pendekatan yang berbeza secara asas dalam pengurusan subsidi bahan api, mencerminkan perbezaan keutamaan dasar serta strategi kedua-dua negara dalam mengimbangi kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat ketika berdepan ketidaktentuan harga minyak global.

Fasa Rintis MHIT Menangani Jurang Struktur Sektor Insurans, Takaful -- Liew

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Industri insurans dan takaful Malaysia dijangka dapat menangani sebarang jurang struktur menerusi pelaksanaan fasa rintis inisiatif Insurans Perubatan dan Kesihatan (MHIT) yang dijadual pada separuh kedua 2026.

Realiti Landskap Keselamatan Global Tuntut Malaysia, Turkiye Tingkat Hubungan Pertahanan

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) – Malaysia dan Turkiye disaran bertindak mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan dengan melangkaui aspek perolehan dan mewujudkan kerjasama strategik selain membangunkan industri pertahanan serta aeroangkasa tempatan secara bersama.