Terdapat 101 berita berdasarkan kata kunci carian " mohd uzir mahidin"

KDNK Suku-3 Malaysia Diunjur Berkembang 5.2 Peratus - DOSM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -  Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.2 peratus pada Suku Ketiga 2025, peningkatan daripada pertumbuhan 4.4 peratus pada suku sebelumnya, demikian menurut anggaran awal keluaran dalam negara kasar (KDNK) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jualan Sektor Pembuatan Cecah RM168.3 Bilion, Naik 2.7 Peratus Pada Ogos 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan jualan berjumlah RM168.3 bilion pada Ogos 2025, berkembang 2.7 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Pengeluaran Getah Asli Susut 12.8 Peratus Pada Ogos 2025

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pengeluaran getah asli pada Ogos 2025 menurun sebanyak 12.8 peratus kepada 31,285 tan berbanding 35,884 tan pada Julai 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Harga Seunit Besi Naik 0.4-1.9 Peratus Pada September 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Indeks harga besi mencatatkan peningkatan antara 0.4 peratus hingga 1.9 peratus pada September 2025 berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengeluaran Getah Asli Meningkat 36.7 Peratus Pada Julai - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 36.7 peratus pada Julai 2025 kepada 35,884 tan berbanding 26,249 tan pada Jun 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Jualan Perdagangan Borong, Runcit Pada Julai Naik 5 Peratus Kepada RM156.4 Bilion

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia pada Julai 2025 mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM156.4 bilion, dengan pertumbuhan lima peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

IHPR Malaysia Catat Penurunan Perlahan 3.8 Peratus Pada Julai

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) mencatatkan penurunan yang lebih perlahan sebanyak 3.8 peratus pada Julai 2025 berbanding kemerosotan 4.2 peratus dalam bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Inflasi Malaysia Naik Kepada 1.2 Peratus Pada Julai 2025

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.2 peratus dengan mata indeks mencatatkan 134.7 pada Julai 2025 daripada 133.1 pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Imbangan Akaun Semasa Malaysia Dijangka Kekal Catat Lebihan Tahun Ini - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Imbangan akaun semasa Malaysia dijangka kekal mencatatkan lebihan antara 1.5 peratus hingga 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2025, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Indeks Harga Seunit Besi Turun 0.2–3.5 Peratus Pada Julai 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) --  Indeks harga besi menunjukkan sedikit penurunan pada Julai 2025 dalam lingkungan -0.2 peratus hingga -3.5 peratus berbanding bulan lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Meningkat 5.9 Peratus Pada Jun 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 5.9 peratus kepada 25,679 tan pada Jun 2025 daripada 24,256 tan pada Mei 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

IPP Malaysia Naik Dengan Ketara 3.0 Peratus Pada Jun 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat dengan ketara sebanyak 3.0 peratus pada Mei 2025 didorong oleh momentum pertumbuhan dalam sektor pembuatan dan elektrik, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).