BERITA TERKINI   Pertumbuhan pesat Sabah lepasi unjuran, tuntut Kerajaan Persekutuan percepat naik taraf kemudahan antaranya KKIA - PM Anwar | Subsidi petrol, diesel dan LPG Persekutuan untuk Sabah dijangka meningkat kepada RM3 bilion tahun ini - PM Anwar | Sabah terima RM17 bilion peruntukan pembangunan berbanding RM10 bilion hasil, bukti negeri itu tidak dianak tiri - PM Anwar | Pemberian interim untuk Sabah dinaikkan kepada RM1.5 bilion tahun ini, berbanding RM600 juta tahun lepas - PM Anwar | Kerajaan MADANI tetap laksana janji 40 peratus untuk negeri Sabah seperti termaktub dalam MA63 - PM Anwar | 

Terdapat 300 berita berdasarkan kata kunci carian " misi"

KUSKOP Yakin Penyertaan THAIFEX Kukuhkan Kredibiliti Produk Malaysia

BANGKOK, 26 Mei (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan potensi jualan sebanyak RM20 juta untuk syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta koperasi Malaysia yang menyertai pameran THAIFEX-Anuga Asia 2026 di Impact Arena, Muang Thong Thani di sini.

Censof Menang Kontrak LHDN Bernilai RM19.9 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Anak syarikat Censof Holdings Bhd, Century Software (Malaysia) Sdn Bhd telah menerima dua surat penerimaan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk kontrak dengan nilai gabungan RM19.9 juta.

VentureTECH, Pacton Jalin Kerjasama Untuk Perkasa Platform Akuakultur Berkuasa AI

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Syarikat pelaburan impak yang disokong kerajaan, VentureTECH Sdn Bhd (VentureTECH) membuat pelaburan strategik dalam Pacton Technologies Sdn Bhd (Pacton), bagi mempertingkatkan platform pengurusan akuakultur kecerdasan buatan (AI) dan Internet untuk Pelbagai Benda (IoT), FishSpeak.

Misi Perak Ke China Buka Komitmen Pelaburan Bernilai Lebih RM1.6 Bilion - Saarani

IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Misi perdagangan dan pelaburan kerajaan negeri Perak ke China selama lapan hari dari 17 Mei lepas telah membuka prospek dan komitmen pelaburan baharu bernilai lebih RM1.6 bilion melibatkan sektor teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), pusat data, tenaga hijau, automotif dan industri masa depan.

Malaysia Airlines Catat Penyerahan Pesawat Boeing Ke-200 Dengan Ketibaan Terbaharu 737-8

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Malaysia Airlines menyambut baik ketibaan pesawat Boeing 737-8 yang keempat pada tahun ini, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Kapten Nasaruddin A Bakar.

Pelaburan Yantai Yatong Precision Berjumlah RM160 Juta Perkukuh Industri Automotif Di Perak

IPOH, 22 Mei (Bernama) -- Pelaburan baharu bernilai RM160 juta daripada pengeluar komponen automotif dari China, Yantai Yatong Precision Mechanical Technology akan memperkukuh kedudukan Perak sebagai hab industri automotif yang sedang berkembang.

Ningbo Fresh Technology Tingkat Pelaburan Di Tanjong Malim Bernilai RM263 Juta

IPOH, 21 Mei (Bernama) -- Ningbo Fresh Technology Co. Ltd dari Shanghai bakal meningkatkan pelaburan bernilai RM263 juta di Tanjung Malim Hi-Tech Park sekali gus memperkukuh ekosistem industri automotif negara.

Malaysia Sasar Pemuktamadan Perjanjian Perdagangan Bebas Dengan Korea Selatan

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Malaysia menyasarkan pemuktamadan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Korea (MKFTA), yang dilihat sebagai platform untuk memperkukuh hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

Batik Malaysia Tampil Diperagakan Di KazanForum 2026

Daripada Nor Baizura Basri

KAZAN (Russia), 16 Mei (Bernama) -- Batik Malaysia muncul semasa Hari Fesyen Sederhana di KazanForum 2026 di Republik Tatarstan baru-baru ini, menandakan usaha berterusan untuk mengukuhkan ekosistem fesyen Malaysia di pentas antarabangsa sambil memberi peluang kepada usahawan tempatan.

MAHB Laksana Budaya Kerja Inklusif Bagi Hadapi Perubahan Cabaran Industri Penerbangan

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

BANGKOK, 14 Mei (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merangka semula budaya tempat kerja bagi menarik bakat muda dalam sektor penerbangan sambil mengimbangi kekuatan pekerja berpengalaman, ketika lapangan di seluruh dunia mengalami perubahan pesat susulan pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI).

22 Firma AS Sertai Misi Pelaburan Ke Malaysia, Tinjau Peluang Pelbagai Sektor

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Kira-kira 22 firma Amerika Syarikat (AS) menyertai misi pelaburan di Malaysia, meninjau peluang pelaburan merentasi pelbagai sektor dan menjadi usaha memperkukuh perniagaan dengan ASEAN yang berpotensi muncul ekonomi keempat terbesar dunia menjelang akhir dekad ini.

Misi Pelaburan Shanghai: Johor Tarik Minat 36 Pelabur Global, Komitmen Awal Cecah RM10 Bilion

ISKANDAR PUTERI, 6 Mei (Bernama) -- Misi pelaburan kerajaan negeri Johor ke Shanghai, China baru-baru ini berjaya menarik minat 36 syarikat antarabangsa dengan potensi komitmen pelaburan awal dianggarkan RM10 bilion, memberi isyarat jelas keyakinan terhadap Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ).