1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah selepas kenaikan baru-baru, apabila pelabur menilai semula risiko geopolitik dan kebimbangan inflasi berkaitan dengan ketegangan yang kembali memuncak di Asia Barat.
1hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan oleh perkembangan luaran susulan laporan mengenai serangan AS dan Israel ke atas kapal Iran di Selat Hormuz yang menjejaskan sentimen pasaran serantau.
1hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa apabila pelabur melakukan penjualan bagi merealisasikan keuntungan daripada pegangan ekoran ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang memuncak.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan berikutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) terus meningkat dengan ketara dalam persekitaran ketegangan yang berterusan di Asia Barat.
5hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, mengakhiri kenaikan selama tiga hari disebabkan para pelabur memberikan tumpuan kepada ketegangan geopolitik dan pendirian kecenderungan menaikkan kadar faedah oleh bank-bank pusat di seluruh dunia.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan lebih defensif susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak serta sentimen risiko serantau yang lemah.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Jumlah aset sukuk jangka pendek tertunggak Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) melonjak kepada rekod tertinggi US$7.055 bilion, berikutan pelaksanaan terbitan dan terbitan semula sebanyak US$975 juta (US$1=RM3.97).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Isnin, apabila tekanan jualan merebak merentas saham wajaran tinggi indeks utama susulan sentimen pelabur serantau yang berhati-hati serta minat risiko global yang hambar.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada hari pertama minggu ini dirangsang oleh kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
14hari ago
BANGKOK, 13 Mei (Bernama) -- Lapangan terbang sedang berkembang melangkaui peranan tradisional mereka sebagai hab pengangkutan, dan mereka semakin menumpukan pada daya tahan, kemampanan dan kebolehsuaian di tengah-tengah landskap global yang pesat berubah, menurut Ketua Pengarah Airports Council International (ACI) di Asia-Pasifik dan Timur Tengah, Stefano Baronci.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, termasuk dolar AS, menjelang pengumuman data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS) malam nanti, dijangka dapat mengukuhkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan mengekalkan kadar faeda, kata seorang penganalisis.
19hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding mata wang utama dan serantau termasuk dolar AS ketika ditutup pada Jumaat berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang data pekerjaan gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat dalam persekitaran ketegangan konflik di Asia Barat yang kembali memuncak.