21minit ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Apex Securities Bhd mengekalkan pendirian optomistiknya yang berhati-hati mengenai tinjauan perdagangan Malaysia, dan percaya bahawa momentum perdagangan akan berterusan selepas cetakan eksport yang kukuh pada Januari.
2jam ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Itramas Corporation Sdn Bhd menganggap cadangan tarif global Amerika Syarikat (AS) sebanyak 15 peratus masih terkawal bagi sektor tenaga boleh baharu (TBB), sekali gus membuka ruang kepada syarikat itu mempercepat peluasan ke pasaran AS menerusi pelaburan pembuatan hiliran.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menolak dakwaan bahawa Malaysia membayar tarif hampir dua kali ganda berbanding negara lain kepada Amerika Syarikat (AS) dan menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak tepat.
6jam ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada Wall Street yang ditutup kukuh minggu lepas walaupun terdapat perkembangan terkini mengenai tarif Amerika Syarikat (AS).
7jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan dagangan hari ini, kata ahli ekonomi.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan menaikkan tarif global kepada 15 peratus daripada 10 peratus susulan keputusan Mahkamah Agung AS yang membatalkan kebanyakan langkah perdagangan yang diperkenalkannya sebelum ini.
1hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Tindakan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengehadkan kuasa unilateral presiden dalam urusan tarif sepertimana diputuskan pada Jumaat, dijangka memacu pemulihan ekonomi global serta sentimen pasaran, termasuk Malaysia.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Malaysia sedang menilai implikasi keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) dan tarif baharu yang diumumkan oleh Presiden AS Donald Trump, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata AS akan mengenakan tarif global sebanyak 10 peratus di bawah Seksyen 122 sebagai tambahan kepada tarif biasa yang dikenakan ketika ini.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Malaysia mungkin perlu menilai semula Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) yang ditandatangani Oktober lepas termasuk dari segi undang-undang susulan keputusan terkini Mahkamah Agung AS pada Jumaat.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS) telah menerima sebanyak 3,253 aduan dan 2,268 pertikaian telah berjaya diselesaikan melalui kaedah mediasi dan adjudikasi sejak mula beroperasi pada 17 Jan 2025.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kerajaan telah menyelesaikan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM22.45 bilion pada 2025, tertinggi dalam tempoh lima tahun, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.