11jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia dijangka mengekalkan pelaburan modalnya pada 2026, di tengah-tengah keterlihatan dividen yang kukuh dan potensi pulangan atas ekuiti (ROE) yang berkembang, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Malaysia mempunyai potensi kukuh untuk muncul sebagai hab perdagangan emas fizikal global, disokong oleh persekitaran dasar mesra perniagaan, ekosistem industri bersepadu dan Prinsip Industri Emas Malaysia (MGIP) yang akan datang.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Jumlah kedai Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada 10,447 di seluruh negara setakat 26 Jan 2026 berbanding hanya 700 kedai pada 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih Eco-Shop Marketing Bhd (Eco-Shop) meningkat kepada RM61.89 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Nov, 2025 (S2 TK2026) daripada RM53.60 juta, mewakili kenaikan sebanyak 15.5 peratus tahun ke tahun.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Selepas 23 tahun menjalinkan kerjasama, akhirnya perkongsian antara Aeroline dan Hotel Corus KLCC menuju ke tarikh penamatnya.
18hari ago
Oleh Nor Baizura Basri dan Mohd Iswandi Kasan Anuar
PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) -- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan yang disalurkan sejak 9 Januari lepas menyaksikan hampir satu pertiga daripada kira-kira RM624.97 juta dibelanjakan sehingga 13 Jan.
19hari ago
JAKARTA, 16 Jan (Bernama) - Selepas hampir sedekad pembangunan, projek Pelan Induk Pembangunan Penapisan Minyak (RDMP) Balikpapan, inisiatif utama di bawah program RDMP nasional PT Pertamina (Persero) kini memasuki fasa awal operasinya.
22hari ago
JOHOR BAHRU, 13 Jan (Bernama) -- Syarikat pengedaran dan pemasaran air sedia diminum berjenama “Haos Ek?”, ADIN Marketing Group Sdn Bhd hari ini secara rasmi melancarkan OXYKA, produk air minuman beroksigen dan beralkali pH 8.5 direka bagi memenuhi keperluan hidrasi berkualiti dalam gaya hidup moden.
30hari ago
PUTRAJAYA, 5 Jan (Bernama) -- Sebanyak 1.34 juta entiti perniagaan di seluruh negara, merangkumi perniagaan mikro, perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat besar terlibat dalam Banci Ekonomi (BE) 2026 yang dilaksanakan bermula hari ini sehingga 31 Okt 2026.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Razorpay Curlec Sdn Bhd menyasarkan fasa pertumbuhan seterusnya syarikat itu ketika pasaran pembayaran digital Malaysia beralih daripada penerimagunaan pantas kepada keupayaan integrasi, skala dan rentas sempadan yang lebih meluas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Pusat beli-belah Sunway Square Mall beroperasi secara rasmi hari ini, sekali gus menandakan pembukaan hab komuniti mesra haiwan peliharaan empat tingkat seluas 320,000 kaki persegi di Sunway City Kuala Lumpur.
1bulan ago
BUTTERWORTH, 12 Dis (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) terus mengukuhkan komitmen terhadap pembangunan ekonomi luar bandar menerusi pelancaran Trak Perkhidmatan Desamall@PERDA yang berfungsi sebagai platform promosi dan pemasaran bergerak untuk usahawan desa.