1jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal positif minggu depan, didorong oleh ketidaktentuan ekonomi di Amerika Syarikat, yang mendorong peningkatan permintaan terhadap logam yang dianggap aset selamat.
1jam ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan yang sebaliknya terbatas selepas mata wang tempatan mendapat sokongan prospek fiskal lebih positif susulan pengumuman Belanjawan 2026 pada Jumaat.
1jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan pelabur menunggu pengumuman data ekonomi global utama.
1jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka meningkat minggu depan berikutan kekangan bekalan akibat keadaan cuaca buruk khususnya di negara pengeluar getah utama iaitu Thailand dan Malaysia, kata Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
9jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 4.0 hingga 4.5 peratus pada 2026 dibuat dengan mengambil kira persekitaran ekonomi dunia yang sedikit perlahan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
11jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 memaparkan usaha menseimbangkan penyatuan fiskal dengan elemen seperti kesaksamaan dan daya saing, demikian menurut beberapa ahli Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW).
11jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 sejajar dengan misi Grab Malaysia untuk memperkasakan rakyat dan mempertingkatkan perkhidmatan dalam landskap ekonomi yang dinamik.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 mendukung visi ke arah Malaysia yang lebih saksama dan bersedia menghadapi masa depan dengan meningkatkan taraf hidup rakyat, memacu reformasi ekonomi berterusan dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif, menurut Permodalan Nasional Bhd (PNB).
12jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 dianggap belanjawan yang seimbang dari segi hala tuju utamanya kerana ia meneruskan usaha konsolidasi fiskal kerajaan melalui langkah-langkah pengurangan defisit, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
12jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah berharap gesaan kerajaan kepada institusi kewangan supaya menyokong inisiatif sewa untuk beli (RTO) akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 memupuk pertumbuhan yang mampan dan bertanggungjawab, memperkasa rakyat untuk menjana kekayaan dan menggalakkan kepelbagaian — semua ini merupakan faktor utama untuk maju sebagai sebuah masyarakat progresif, kata Bursa Malaysia Bhd.
14jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Peruntukan khusus kepada sektor sawit di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap industri itu sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara serta kesejahteraan pekebun kecil dan tenaga kerja tempatan.