4jam ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi oleh kelemahan harga minyak kacang soya, kata peniaga.
6jam ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Pasaran global termasuk pasaran saham dan mata wang di Malaysia amat memerlukan segera isyarat jelas dan konsisten daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bagi mencapai keredaan berterusan dalam konflik Asia Barat serta memulihkan kestabilan, kata ahli ekonomi.
8jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan pelabur mengambil pendirian berhati-hati akibat ketidakpastian yang meningkat susulan perang yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat(AS)-Israel dan Iran, yang memberi kesan kepada sentimen pasaran.
8jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung OCR Group Bhd, OCR Avenue Sdn Bhd (OASB) memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan Magna Ecocity Sdn Bhd dan Twinicon (M) Sdn Bhd.
8jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac Bernama) -- Kontrak Eversendai Corporation Bhd bagi kerja keluli struktur untuk projek Trojena Ski Village di Arab Saudi, yang diberikan oleh NEOM Company, ditamatkan berkuat kuasa 26 Mac, 2026.
8jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- SMRT Holdings Bhd bercadang untuk memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd menjelang suku ketiga 2026.
8jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Fraser & Neave Holdings (F&N) melantik Tarang Gupta sebagai bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Julai 2026.
9jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, seiring dengan pasaran tunai pendasar.
9jam ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa susulan minat risiko berkurangan apabila harapan terhadap keredaan konflik Asia Barat semakin pudar sekali gus menjejaskan sentimen.
9jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ringgit susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa ketika ketidaktentuan membabitkan perang AS-Israel dan Iran terus memberi tekanan terhadap sentimen pasaran.
9jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Antidox Series, jenama penjagaan kulit antipenuaan tempatan telah diiktiraf oleh ASEAN Records dan ASIA Records, menurut syarikat berkenaan.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu menampilkan diri sebagai pilihan yang dipercayai dan meyakinkan tatkala pelabur sedang menilai semula risiko akibat krisis di Asia Barat, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.