BERITA TERKINI   Bekas Ketua Bahagian Editorial NST Sabah dan Sarawak Joseph Bingkasan meninggal dunia pada 3.56 pagi tadi - Anak | MTT Shipping and Logistics Bhd memulakan dagangan pada RM1.08 di Pasaran Utama Bursa Malaysia, premium lima sen berbanding harga IPO pada RM1.03, dengan 12.94 juta saham diniagakan. | 

Terdapat 3633 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa"

Ketegangan Semakin Memuncak Di Asia Barat Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 20 April  (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, kata seorang peniaga.

Unit Lotte Chemical Titan, Anak Syarikat Di Indonesia Meterai Kontrak Nafta US$25.29 Juta

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd menerusi anak syarikat milik penuh, Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd (LCTM), serta anak syarikat di Indonesia, PT Lotte Chemical Indonesia (LCI), memeterai kontrak bagi penjualan nafta bernilai US$25.29 juta (US$1 = RM3.90).

​​​​​​​MRC Muktamadkan Perolehan Bukit Jalil Sentral Property Bernilai RM1.58 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menyelesaikan cadangan pemerolehan Bukit Jalil Sentral Property Sdn Bhd (BJSP) selepas melunaskan baki pertimbangan pembelian berjumlah RM1.42 bilion secara tunai.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, mencerminkan prestasi lebih lemah dalam pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat, apabila dolar AS yang lebih kukuh memberi tekanan kepada harga di tengah-tengah konflik AS-Iran.

Unit Varia Peroleh Kerja Sub Kontrak Berjumlah RM293.32 Juta Di Johor

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Varia Bhd (Varia), Pembinaan Teguh Maju Sdn Bhd (PTM) menerima surat lantikan daripada RSM Builders Sdn Bhd bagi sub kontrak bernilai RM293.32 juta. 

Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan UMA Kepada Tanco Holdings

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Tanco Holdings Bhd berhubung kenaikan harga sahamnya yang luar biasa baru-baru ini.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai yang mengukuh.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Minat Belian Saham Permodalan Besar

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, disokong minat belian dalam saham permodalan besar apabila pelabur beralih kepada kaunter defensif susulan peningkatan ketidaktentuan geopolitik.

Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari Seiring Bursa Serantau

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat semasa mengakhiri sesi dagangan pagi, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang optimis, walaupun sentimen kekal berhati-hati susulan perkembangan yang sedang berlaku di Selat Hormuz.

Pelabur Asing Catat Aliran Masuk RM17.35 Bilion Di Lapan Pasaran Asia Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih bagi dua minggu berturut-turut merentasi lapan pasaran Asia, dengan jumlah aliran masuk bersih mencecah US$4.39 bilion (RM17.35 bilion), menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati walaupun terdapat kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas didorong ketidaktentuan berpanjangan di Asia Barat.