BERITA TERKINI   Harga runcit diesel Semenanjung turun 85 sen, RON95 dan RON97 masing-masing turun 15 dan 25 sen bagi 23-29 April - MOF | Pada 6 petang, ringgit menurun kepada 3.9510/9550 berbanding dolar AS daripada 3.9490/9530 pada Selasa | Kerajaan dan Petronas tidak menjual minyak dan diesel kepada negara lain - PMO | AME Real Estate Investment Trust catat untung bersih RM116.72 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 | DSA 2026 : Kementerian Pertahanan meterai kontrak dan Program Kolaborasi Industri bernilai RM3.54 bilion - Mohamed Khaled | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai yang mengukuh.

Kontrak April 2026 meningkat 9.5 mata kepada 1,698.0, Mei 2026 naik 10 mata kepada 1,699.0, Jun 2026 menokok 10.5 mata kepada 1,699.0, manakala September 2026 naik 10 mata kepada 1,679.5.

Jumlah dagangan melonjak kepada 8,278 lot berbanding 5,410 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 40,887 kontrak daripada 38,257 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 7.09 mata atau 0.42 peratus kepada 1,702.30 berbanding paras 1,695.21 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA