1hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka mengukuh kepada RM4 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini dengan prospek ekonomi Malaysia yang cerah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengiktirafan berterusan Malaysia sebagai hab kewangan Islam global diyakini dan membolehkan pelabur mendapatkan kestabilan, kejelasan serta peluang, turut menjadi paparan nilai asas etika negara dalam sektor berkenaan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) membuka potensi akses pembiayaan hampir RM100 bilion kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menjamin sehingga 80 peratus daripada risiko yang tidak sanggup ditanggung oleh bank.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Anjakan transformasi, didorong oleh kepimpinan yang kukuh, boleh mentakrifkan semula dan meningkatkan peranan kewangan Islam, dan membentuk sistem kewangan lebih inklusif dan mampan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 4.0 hingga 4.5 peratus pada 2026 dibuat dengan mengambil kira persekitaran ekonomi dunia yang sedikit perlahan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
6hari ago
PUTRAJAYA, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia telah mencapai matlamat utama apabila kemiskinan tegar hampir dinoktahkan kepada 0.09 peratus berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2024 yang diumumkan hari ini, berbanding 0.2 peratus direkodkan pada 2022.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 akan memperkukuh perlindungan sosial dan meningkatkan daya tahan isi rumah manakala pelaburan bakal menumpukan kepada semikonduktor, peralihan tenaga, pendigitalan, syarikat pemula niaga dan industri masa depan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa naratif ekonomi Malaysia telah berubah daripada tidak menentu kepada pulih dan langkah-langkah defensif kepada penstrukturan semula yang proaktif sejak dua tahun lepas.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Agenda transformasi digital di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) akan menjadi pemangkin penting dalam mencapai daya saing jangka panjang negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Sektor swasta perlu terus bekerjasama dengan kerajaan untuk bersama-sama membangunkan penyelesaian, memperluas inovasi dan membina ekonomi hijau yang berdaya saing bagi Malaysia, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
12hari ago
PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) -- Mizuho Bank (Malaysia) Bhd komited menyokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dengan memperuntukkan hampir US$600 juta (US$1=RM4.2) pembiayaan kepada pelanggan yang melabur di zon itu.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Belanjawan 2026 akan menggabungkan elemen utama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), yang menetapkan keutamaan negara, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.