9jam ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur dapat mengekalkan pertumbuhannya melebihi 4.0 peratus pada 2025 dan 2026, dipacu oleh permintaan domestik yang berdaya tahan selain projek infrastruktur dan pembaharuan struktur yang sedang dilaksanakan, kata agensi penarafan Malaysian Ratings Bhd.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Jangkaan terhadap trend penyusutan hutang kerajaan secara menyeluruh dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menghampiri paras median negara yang mempunyai penarafan kredit setaraf, berpotensi meningkatkan penarafan berdaulat Malaysia pada ‘BBB+.’
4hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pinjaman bersih kerajaan dijangka menyusut sedikit pada 2026 seiring dengan langkah konsolidasi fiskal di bawah strategi fiskal jangka sederhana kerajaan yang bertujuan mengurangkan defisit kepada RM74.6 bilion (2025: -RM76.7 bilion), kata CIMB Investment Bank Bhd.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 4.0 hingga 4.5 peratus pada 2026 dibuat dengan mengambil kira persekitaran ekonomi dunia yang sedikit perlahan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Berikut ialah inti pati daripada Tinjauan Ekonomi 2026 dan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2026:
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan belanjawan yang mengumpulkan sumber berjumlah RM470 bilion bagi 2026 dengan mengutamakan daya tahan ekonomi dan sokongan kepada perniagaan kecil di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pendedahan hutang dan liabiliti kerajaan berjumlah RM1.69 trilion atau 84.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga akhir Jun 2025 berbanding RM1.63 trilion atau 84.5 peratus pada akhir Disember 2024, kata Kementerian Kewangan hari ini.
5hari ago
Oleh Anas Abu Hassan & K Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bayaran khidmat hutang (DCS) kerajaan Persekutuan dianggarkan meningkat 7.6 peratus kepada RM54.3 bilion atau 16.3 peratus daripada hasil pada tahun ini berbanding peningkatan 9.0 peratus kepada RM50.5 bilion atau 15.6 peratus daripada hasil pada 2024.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Entiti sektor awam akan kekal sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan dan terangkum berpandukan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026 - 2030.
5hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Hasil kerajaan Persekutuan diunjur meningkat 2.7 peratus kepada RM343.1 bilion pada 2026, daripada RM334.1 bilion yang dijangka pada 2025, terutamanya disumbangkan oleh hasil cukai.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kutipan hasil kerajaan dianggar berjumlah RM343.1 bilion pada 2026, didorong oleh peningkatan dalam cukai langsung dan tidak langsung.
5hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM419.2 bilion dalam Belanjawan 2026 mewakili 19.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), kata Kementerian Kewangan (MOF).