Terdapat 109 berita berdasarkan kata kunci carian " fadillah yusof"

Kuasa Nuklear Pilihan Berpotensi Untuk Perkukuh Keterjaminan Tenaga ASEAN - Fadillah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) --Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kuasa nuklear, terutamanya teknologi baharu seperti reaktor modular kecil, sedang dipertimbangkan sebagai pilihan berpotensi untuk mengukuhkan jaminan tenaga dan menyokong peralihan tenaga rendah karbon ASEAN.

Empat Menteri Tenaga ASEAN Zahir Komitmen Terhadap Perdagangan Tenaga Rentas ASEAN

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Menteri-Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal tenaga dari Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura hari ini mengulangi komitmen mereka untuk terus meningkatkan perdagangan tenaga rentas sempadan secara pelbagai hala dalam ASEAN, susulan kejayaan Projek Integrasi Tenaga Laos-Thailand-Malaysia-Singapura (LTMS-PIP).

PETRA Tambah Baik Proses Agar Projek TBB Dapat Diilaksana Lebih Pantas - TPM Fadillah

PETALING JAYA, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sedang menambah baik proses sedia ada bagi mengurangkan karenah birokrasi agar projek Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang diperoleh melalui proses bidaan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas.

ASEAN Perlu Sasar Jadi Destinasi Pelaburan Tenaga Bersih, Manfaatkan Kerjasama -- TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- ASEAN perlu menyasarkan untuk muncul sebagai destinasi pelaburan tenaga bersih dengan memanfaatkan kerjasama awam-swasta, pembiayaan hijau dan dana iklim, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

ADB, Bank Dunia Lancar Inisiatif Pembiayaan Grid Tenaga ASEAN

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Kumpulan Bank Dunia menerusi kerjasama dengan ASEAN, melancarkan Inisiatif Pembiayaan Grid Tenaga ASEAN (APG) bagi menyokong pembangunan serta integrasi grid tenaga nasional di serata rantau ini.

Forum Perniagaan Tenaga ASEAN Ke-25 Sebagai Platform Kerjasama Tenaga ASEAN

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ke-25 (AEBF-25) yang akan bermula esok berperanan sebagai platform untuk memperkukuh kerjasama serantau dan menggerakkan kerjasama strategik bagi mempercepat transformasi tenaga ASEAN.

PM Anwar Akan Rasmi Forum Perniagaan Tenaga ASEAN Ke-25 Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ke-25 (AEBF-25), dialog yang paling penting di rantau ini mengenai masa depan tenaga ASEAN.

TPM Fadillah Pengerusikan AMEM Ke-43 Pada 16-17 Okt

KUALA LUMPUR, Oct 13 (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga  Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air akan mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-43 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan pada 16 hingga 17 Okt 2025 di sini.

Bioeconomy Corporation, Polaris Bio Meterai RM700 Juta Pelaburan Projek Biogas-POME

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corporation) dan Polaris Bio Co Ltd memeterai pelaburan sebanyak RM700 juta bagi membangunkan kemudahan penaiktarafan biogas berasaskan efluen kilang minyak sawit (POME) di Malaysia.

Malaysia Catat Jualan Eksport Bernilai RM376.14 Juta Di Ekspo China-ASEAN Ke-22

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pavilion Malaysia di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 telah merekodkan jumlah jualan RM376.14 juta, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

PETRA Lancar Projek Rintis Solar Kediaman

SHAH ALAM, 26 Sept (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini melancarkan projek rintis Projek Solar Kediaman dalam usaha meningkatkan campuran tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara.

Grid Tenaga LTMS, Model Untuk Integrasi Tenaga ASEAN

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Projek Integrasi Tenaga (PIP) Laos–Thailand–Malaysia–Singapura (LTMS) dan cadangan grid Semenanjung dan Borneo akan menjadi model bagi usaha ASEAN ke arah rangkaian tenaga serantau yang bersambung sepenuhnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.