Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, walaupun pasaran tunai mencatatkan prestasi hambar.
Pada akhir dagangan, April 2026 dan Jun 2026 masing-masing menokok 3.5 mata kepada 1,718.0 dan 1,719.5 manakala Mei 2026 naik 3.0 mata kepada 1,719.5 serta September 2026 meningkat 5.0 mata kepada 1,700.0.
Jumlah dagangan melonjak kepada 65,737 lot daripada 12,359 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 99,503 kontrak daripada 45,733 kontrak.
Pada 5 petang, FBM KLCI turun 3.07 mata atau 0.17 peratus untuk ditutup pada paras terendah harian iaitu 1,717.27 daripada 1,720.34 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA