BERITA TERKINI   Bank Rakyat umum bayar dividen 18 peratus berjumlah RM534.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 | Golden Destinations yang baru disenaraikan di Pasaran ACE, dibuka pada 49 sen iaitu premium empat sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) dengan 15 juta saham diniagakan  | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi, Selari Dengan Kenaikan Pasaran COMEX AS

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, selari dengan kenaikan pasaran emas di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).

Pada penutupan, kontrak bulan April 2026 meningkat kepada US$4,821.70 bagi setiap auns troy berbanding US$4,709.90 pada Selasa lalu, manakala kontrak Mei 2026 naik kepada US$4,841.30 berbanding US$4,730.00.

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 juga berakhir lebih tinggi pada US$4,859.80 berbanding US$4,749.30 sehari sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 32 lot berbanding 8 lot semalam, manakala  kepentingan terbuka naik kepada 81 kontrak daripada 57 kontrak sebelum ini.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,611.70 bagi setiap auns troy pada penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 7 April 2026.

-- BERNAMA