BERITA TERKINI   Dua sindiket pengedaran dadah tumpas, dadah RM4.7 juta dirampas dalam operasi di Johor Bahru - Polis | Seramai 60,000 pelajar disasar terima manfaat MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) dengan peruntukan RM18.5 juta - Anthony Loke | Tiga individu ditahan bantu siasatan kes lelaki maut ditembak di Skudai pada 9 Mei lepas - Polis | PRN Johor tidak dibincangkan dalam Mesyuarat MT UMNO dan pertemuan dengan Agong hari ini - Ahmad Zahid | Empat pelajar sekolah di Machang cedera parah dalam kemalangan jalan raya pagi tadi - Polis | 

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi pada Khamis.

Pada 9.24 pagi, kontrak April 2026 naik 8.0 mata kepada 1,687.50, Mei 2026 menambah 7.0 mata kepada 1,687.00, Jun 2026 naik 9.5 mata kepada 1,689.50 dan September 2026 melonjak 9.0 mata kepada 1,668.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,456 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,711 kontrak.

Selepas 42 minit dagangan, FBM KLCI naik 2.52 mata kepada 1,685.94 daripada 1,683.42 ketika ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA