BERITA TERKINI   Lebih RM13 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) setakat 31 Jan lepas - Akauntan Negara | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat. 

Pada penutupan, Mac 2026 dan April 2026 masing-masing susut 6.5 mata setiap satu kepada 1,690.5 serta 1,693.0, manakala Jun 2026 merosot 7.0 mata kepada 1,693.5 dan September 2026 jatuh 2.0 mata kepada 1,677.0. 

Jumlah dagangan menurun kepada 6,470 lot berbanding 8,706 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka melemah kepada 41,869 kontrak daripada 44,227 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 4.86 mata atau 0.28 peratus untuk ditutup pada 1,718.06 daripada 1,713.20. 

-- BERNAMA