BERITA TERKINI   PuTERA35 jadi dasar negara martabatkan kedudukan Bumiputera - PM Anwar | Artikel 153, Dasar Bumiputera tidak akan diubah dalam rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat - PM Anwar | Industri halal mampu pecah tembok monopoli pelbagai bidang, Bumiputera harus rebut peluang - PM Anwar | MARA bukti bidang tahfiz mampu kekalkan prestasi akademik yang baik - PM Anwar | PM Anwar arah draf pindaan Akta MARA siap dalam masa tiga bulan | 

Kumpulan Pelaburan MARA Salur Sumbangan Korporat, Serah Zakat Perniagaan

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kumpulan Pelaburan MARA menyalurkan sumbangan korporat dan menyerahkan zakat perniagaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM56,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Mahdzir Othman berkata program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu merupakan usaha berterusan pihaknya untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan.

“Harapan kami program seperti ini dapat terus menyumbang kepada masyarakat dan pada masa sama mengeratkan hubungan silaturahim antara syarikat dengan komuniti yang menerima bantuan,” katanya kepada Bernama pada majlis Iftar Ramadan 2026 di sini, hari ini.

Pengerusi Pelaburan MARA, Datuk Mohamad Razali Mohamad Rahim turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM30,000 kepada Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab melalui anak syarikat kumpulan itu, PMB Tijari Bhd.

Selain itu, zakat perniagaan berjumlah RM3,000 turut diserahkan kepada Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) serta tajaan zakat perniagaan bagi iftar dan duit raya anak asnaf di bawah Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia berjumlah lebih RM13,000 diserahkan oleh PMB Tijari, PMB Analytics Sdn Bhd serta Kelab Sukan dan Kebajikan PMB United.

Pelaburan MARA Bhd bersama-sama empat anak syarikatnya iaitu PMB Investment Bhd, PMB Tijari, PMB Analytics dan PMB Sustainable Sdn Bhd turut menyalurkan sumbangan korporat berjumlah RM10,000 kepada organisasi yang sama bagi menyokong keperluan operasi dan penyelenggaraan.

-- BERNAMA