BERITA TERKINI   DBKL perkenal inisiatif pembaharuan lesen perniagaan sehingga tiga tahun berkuat kuasa 1 Julai ini - Hannah | Pengamal media jalankan tugas secara profesional mesti diberi ruang laksanakan tugas - Majlis Media Malaysia | Kerajaan capai 50 peratus sasaran penjimatan setakat ini hasil penyelarasan perbelanjaan mengurus - Fahmi | Sekretariat PH kesal insiden kekasaran terhadap media ketika liputan Konvensyen di Johor - Fahmi  | PM Anwar hargai komitmen parti gabungan Kerajaan MADANI kekal bersama sehingga tamat penggal - Fahmi | 

Northern Solar Raih Dua Kontrak Bernilai RM119.38 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Northern Solar Holdings Bhd, Northern Solar Sdn Bhd meraih dua kontrak bernilai RM119.38 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat tenaga solar itu berkata Northern Solar  menerima dua surat tawaran pada Selasa, 3 Mac 2026 daripada kontraktor pembekalan barangan untuk projek daratan yang tidak didedahkan identitinya.

Menurutnya kontrak pertama yang bernilai RM47.52 juta melibatkan kerja-kerja pembinaan Plot-B manakala kontrak kedua bernilai RM71.86 juta membabitkan kerja-kerja berkaitan kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) bagi talian pengumpul dan komponen SPP-IF.

Bagaimanapun, kenyataan kepada Bursa Malaysia itu tidak menjelaskan butiran terperinci mengenai kontrak berkenaan.

“Tempoh kontrak itu masih belum dimuktamadkan dan pengumuman selanjutnya akan dilakukan selepas perjanjian subkontrak rasmi dilaksanakan,” katanya.

Northern Solar menjangka kontrak itu menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham mulai tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2026 dan seterusnya.

-- BERNAMA