BERITA TERKINI   Fenomena cuaca panas: Agong titah KPM ambil perhatian serius, pastikan kesihatan murid tidak terjejas | Fenomena cuaca panas: Agong nasihat rakyat ambil langkah berjaga-jaga, kurangkan aktiviti luar | MTT Shipping and Logistics Bhd rancang guna 95.7 peratus daripada hasil IPO bagi pembelian 12 kapal kontena baharu | Tiga beranak ditemukan maut dalam rumah di Kampung Belau, Sungai Petani awal pagi tadi - Polis | MTT Shipping and Logistics Bhd sasar kumpul RM652.5 juta daripada penyenaraian di Pasaran Utama pada 21 April 2026 | 

Akmal Nasrullah Tekad Perkukuh Kedudukan Ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kementerian Ekonomi akan meneroka segala ikhtiar dan pilihan agar ekonomi Malaysia berada pada kedudukan terbaik meskipun berhadapan cabaran yang sukar, kata menterinya yang baru dilantik Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi dunia dijangka lebih perlahan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2027.

"Ini disebabkan oleh isu ketegangan geopolitik, ketidaktentuan ekonomi dan perdagangan global masih menjadi cabaran utama kepada pertumbuhan ekonomi.

"Insya-Allah kebimbangan ini akan mendorong fokus saya dalam menentukan keutamaan yang perlu diambil," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Terdahulu hari ini Akmal Nasrullah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, di sini, susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI.

-- BERNAMA