5hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku pertama tahun ini dijangka menepati unjuran awal 5.3 peratus atau berpotensi mencatatkan prestasi lebih baik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Pasaran tenaga global menunjukkan sedikit kestabilan, tetapi masih memerlukan pemantauan kerana sebarang gangguan baharu boleh memberi kesan kepada kos tenaga dan pengeluaran, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Selasa, mencerminkan prestasi positif Wall Street semalaman dalam persekitaran jangkaan kesan limpahan minat belian ke dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
8hari ago
PUTRAJAYA, 11 Mei (Bernama) -- Kerajaan menyerahkan tawaran di bawah kerjasama strategik antara kerajaan Malaysia dan Arm Limited kepada tiga syarikat tempatan sebagai langkah penting untuk memperkukuh keupayaan negara dalam reka bentuk litar bersepadu (IC).
8hari ago
PUTRAJAYA, 11 Mei (Bernama) -- Kerajaan sedang memperhalusi penentuan garis pemisah yang sesuai antara golongan yang wajar menerima subsidi petrol dan mereka yang boleh dikeluarkan daripada sistem subsidi berkenaan dalam usaha melaksanakan mekanisme subsidi lebih bersasar, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
11hari ago
BATU KAWAN, 8 Mei (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk membangunkan keupayaan sendiri dalam industri pembungkusan termaju semikonduktor dalam tempoh dua tahun lagi menerusi penubuhan Konsortium Pembungkusan Termaju Malaysia (MAPC), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang.
11hari ago
BATU KAWAN, 8 Mei (Bernama) -- Kementerian Ekonomi memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negara serta menjamin keterjaminan bekalan bahan input utama susulan ketidaktentuan geopolitik dan krisis global yang masih berlarutan ketika ini.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti pelaksanaan mekanisme subsidi diesel yang lebih bersasar, seumpama BUDI95, bagi Sabah dan Sarawak, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Kerajaan bukan sekadar menumpukan kepada penstabilan harga, malah memastikan bekalan tenaga dan keperluan asas kekal terjamin, kos sara hidup rakyat tidak meningkat secara mendadak serta daya tahan ekonomi negara terus diperkukuh untuk jangka panjang, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pasaran ekuiti tempatan kekal berdaya tahan dengan peningkatan 1.5 peratus pada Jumaat lepas, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap asas ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
25hari ago
JOHOR BAHRU, 24 April (Bernama) -- Lawatan Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir ke Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) dan kilang baja All Cosmos Industries Sdn. Bhd. (ACI) di Pasir Gudang hari ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh keselamatan tenaga dan makanan negara.
26hari ago
JOHOR BAHRU, 23 April (Bernama) -- Sebanyak 31,517 kes kebankrapan direkodkan di seluruh negara bagi tempoh 2021 sehingga Mac 2026, dengan hampir separuh daripadanya berpunca daripada pinjaman peribadi.