BERITA TERKINI   Cadangan Bekerja Dari Rumah sektor awam diteliti, mungkin dibincang dalam Kabinet esok - Fahmi | Unit MN Holdings raih kontrak projek pencawang pusat data bernilai RM216 juta di selatan Semenanjung Malaysia | Jumlah rizab LTAT meningkat 29.1 peratus tahun ke tahun kepada RM1.31 bilion berbanding RM1.01 bilion pada tahun kewangan 2024 | LTAT catat RM749.49 juta dalam pendapatan pelaburan bagi tahun kewangan 2025, keuntungan boleh agih berjumlah RM541.56 juta. | LTAT isytihar dividen 5.35 peratus, RM524.74 juta bagi tahun kewangan 2025, tertinggi dalam tempoh lapan tahun | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang terhad, dengan kejutan kenaikan serta-merta menolak kemungkinan penurunan kadar Rizab Persekutuan (Fed) pada Disember daripada sekitar 50 peratus kepada kira-kira 30 peratus.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata hasil duluan bergerak lebih tinggi apabila pedagang menetapkan harga bagi penyusutan jangka pendek. 

“Gabungan itu mewujudkan rintangan mekanikal untuk emas, yang cenderung menjadi perlahan apabila pertumbuhan kelihatan meningkat dan laluan dasar menunjukkan kecenderungan menurunkan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata naratif mengenai emas yang lebih meluas kekal tidak berubah, dengan pelabur masih menumpukan kepada penyusutan kitaran 2026, kebimbangan berlarutan mengenai kelembapan pasaran buruh dan tekanan kredit swasta terus memberikan tawaran strategik di bawah logam itu. 

Innes berkata data ekonomi AS yang terhad meningkatkan kemungkinan Rizab Persekutuan akan mengekalkan kadar faedah, yang secara amnya akan mengurangkan harga emas.

Kontrak semerta bulan November 2025 susut kepada US$4,063.30 setiap auns troy daripada US$4,096.40 setiap auns troy, Disember 2025 berkurang kepada US$4,080.60 setiap auns troy daripada US$4,113.70 setiap auns troy, dan Januari 2026 susut kepada US$4,098.10 setiap auns troy daripada US$4,131.70 setiap auns troy pada Selasa. 

Kontrak Februari, April dan Jun 2026 turut ditutup lebih rendah pada US$4,114.50 setiap auns troy, berbanding US$4,148.0 setiap auns troy sebelumnya. 

Jumlah dagangan mengukuh kepada 59 lot daripada 44 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 96 kontrak daripada 87 kontrak. 

Mengikut penetapan London Bullion Market Association, harga emas fizikal berada pada US$4,126.95 setiap auns troy pada 19 Nov, 2025.

-- BERNAMA