BERITA TERKINI   Kadar bayaran zakat fitrah di Perak bagi tahun 2026/1447H ditetapkan pada RM10, RM16 dan RM25 - Timbalan Mufti | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Sedikit

Jumlah dagangan menyusut kepada 6,249 lot daripada 7,747 lot pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka turun kepada 46,735 kontrak daripada 50,184 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.76 mata, atau 0.11 peratus, kepada 1,627.43, daripada 1,625.67 pada Jumaat minggu lepas.

-- BERNAMA