BERITA TERKINI   Kerajaan Malaysia menegaskan keamanan, kestabilan dan kesejahteraan serantau kekal sebagai keutamaan utama Malaysia - Mohamad Hasan | Pertempuran di sempadan Thailand-Kemboja perlu reda dengan serta-merta - Mohamad Hasan | Kementerian Perladangan dan Komoditi komited pastikan 400,000 hektar tanah tidak aktif dapat dimanfaatkan dengan penanaman getah -- Johari Ghani | Melalui aktiviti hiliran, Malaysia mampu eksport lebih RM33 bilion produk berasaskan penyelidikan dan pembangunan, teknologi serta pemprosesan - Johari Ghani | Malaysia import hampir RM7.5 bilion getah asli setiap tahun -- Johari Ghani | 

Rizab Antarabangsa BNM Pada US$123.8 Bilion Setakat 31 Okt

 

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$123.8 bilion setakat 31 Oktober 2025 berbanding US$123.4 bilion yang dicatatkan semasa 15 Oktober 2025. 

Bank pusat melalui satu kenyataan hari ini berkata kedudukan rizab itu cukup untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar jangka pendek.

Komponen utama rizab merangkumi mata wang asing (US$109.3 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$6.0 bilion), emas (US$4.8 bilion) dan aset rizab lain (US$2.4 bilion).

Jumlah aset adalah sebanyak RM612.53 bilion, yang terdiri daripada pertukaran emas dan mata wang asing serta rizab lain termasuk SDR (RM521.56 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.42 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.27 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.07 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) serta aset lain (RM43.63 bilion).

BNM berkata jumlah modal dan liabiliti adalah sebanyak RM612.53 bilion, yang terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM205.50 bilion), mata wang dalam edaran (RM174.08 bilion), deposit institusi kewangan (RM122.25 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.46 bilion), deposit lain (RM65.65 bilion), kertas Bank Negara (RM8.38 bilion), peruntukan SDR (RM27.88 bilion) serta liabiliti lain (RM3.23 bilion).

-- BERNAMA