BERITA TERKINI   Laporan semakan insiden letupan saluran gas di Putra Heights diserah kepada Kerajaan Persekutuan bulan lepas - MB Selangor | PM jamin kontraktor kecil berprestasi baik akan diberi lebih banyak kontrak untuk berkembang | Peruntukan perolehan kerja untuk Kementerian Pendidikan dinaikkan daripada RM400 juta kepada RM900 juta - PM Anwar | Guru jadi pempengaruh media sosial perlu jaga adab, hujah berlandaskan fakta - PM Anwar | BN umum tanding di semua 56 kerusi DUN pada pilihan raya negeri Johor akan datang - Onn Hafiz | 

Momentum Positif COMEX AS Dorong Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin berikutan momentum positif yang dapat disaksikan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).

Kontrak bulan semerta November 2025 meningkat kepada US$4,023.50 setiap auns troy daripada US$4,022.00, Disember 2025 melonjak kepada US$4,040.40 setiap auns troy daripada US$4,039.30, manakala Januari 2026 naik sedikit kepada US$4,059.00 setiap auns troy daripada US$4,056.30 pada Jumaat lalu.

Sementara itu, kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup tinggi kepada US$4,074.90 setiap auns troy daripada US$4,072.20 sebelum ini.

Jumlah dagangan kekal tidak berubah pada 212 lot, sama seperti Jumaat lalu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 289 kontrak daripada 300 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$4,011.50 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 31 Okt, 2025.

-- BERNAMA