Niaga Hadapan FBM KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives bercampur-campur dalam dagangan awal pada Jumaat.
Pada 9.30 pagi, kontrak Oktober 2025 menyusut 1.5 mata kepada 1,611.50, November 2025 pada 1,612.0, Disember 2025 menambah 1.5 mata kepada 1,613.0, dan Mac 2026 naik 2.5 mata kepada 1,596.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,635 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 41,286 kontrak.
Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 3.70 mata kepada 1,611.70 selepas 50 minit dagangan berbanding 1,608 semasa ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA