BERITA TERKINI   Speaker Rus'sele Eizan tarik balik notis pemakluman keperluan PRK bagi tiga kerusi DUN Perlis | Kerajaan Negeri Perlis isytihar esok sebagai cuti peristiwa - Menteri Besar | Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Mohamed Khaled | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya diniagakan tinggi pada sesi awal hari ini.

Pada jam 9.20 pagi, kontrak Disember 2025 naik 0.5 mata kepada 1,679.5, Januari 2026 menambah 1.0 mata kepada 1,684.0, Mac 2026 susut 1.0 mata kepada 1,667.5 manakala kontrak Jun 2026 meningkat kepada 1,670.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,225 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 39,151 kontrak.

Sementara itu, Indeks penanda aras FBM KLCI turun 7.88 mata kepada 1,676.65 selepas 40 minit dagangan dijalankan berbanding penutupan semalam di paras 1,684.53.

-- BERNAMA