BERITA TERKINI   Liga Super: Terengganu 0-5 JDT | Dakwaan ART dengan AS menggadai dan memudaratkan negara bersifat politik semata-mata - PM Anwar | Setiap rundingan pasti ada “give and take”, terutama yang melibatkan pelaburan besar, namun Malaysia tetap menjaga maruah - PM Anwar | PM Anwar ulangi pendirian ART dengan AS ambil kira kepentingan nasional | Seramai 413,372 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2025 di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara - KPM | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal pada Khamis.

Pada 9.30 pagi, kontrak Oktober 2025 menyusut 6.0 mata kepada 1,602.0, November 2025 rendah 6.5 mata kepada 1,601.5, Disember 2025 merosot 5.0 mata kepada 1,602.0, dan Mac 2026 berkurangan 11.5 mata kepada 1,578.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,893 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 42,058 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 3.29 mata kepada 1,605.98 selepas 48 minit dagangan berbanding 1,602.69 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA