BERITA TERKINI   Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia 5-1 Laos | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Ketegangan Perdagangan AS-China

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa apabila pelabur beralih kepada aset selamat untuk melindung nilai terhadap ketidaktentuan pasaran di tengah-tengah ketegangan perdagangan di antara Amerika Syarikat dengan China.

Kontrak bulan semerta Oktober 2025 meningkat kepada US$4,146.90 setiap auns troy daripada US$4,083.10 ketika ditutup semalam, kontrak November 2025 naik kepada US$4,162.10 daripada US$4,098.30 dan kontrak Disember 2025 berada pada US$4,178.10 daripada US$4,114.30 sebelumnya.

Kontrak Januari 2026 mengukuh kepada US$4,195.10 daripada US$4,131.30 setiap auns troy sebelum ini manakala kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih tinggi pada US$4,211.60 daripada US$4,147.80 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menokok kepada 477 lot daripada 470 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 533 kontrak daripada 529 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$4,095.95 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 13 Okt, 2025.

-- BERNAMA