BERITA TERKINI   Polis jangka sebanyak 2.1 juta kenderaan akan berada di atas jalan raya sempena cuti Deepavali bermula 18 Okt ini - Pengarah JSPT Bukit Aman | Ops Lancar sempena sambutan Deepavali akan dilaksanakan bermula 17 hingga 21 Okt - Pengarah JSPT Bukit Aman | Op Lancar sempena sambutan Deepavali akan dilaksanakan polis bermula 17 hingga 21 Okt ini - Pengarah JSPT Bukit Aman | Akta Perkhidmatan Pos 2012 akan dipinda, pastikan ekosistem lebih lestari, jamin kebajikan pekerja - Fahmi | Dana Perkhidmatan Pos inisiatif strategik, sokong transformasi sektor pos agar kekal relevan, mampan dan berdaya saing - Fahmi | 

Kontrak Niaga Hadpan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Rabu.

Pada 9.13 pagi, Oktober 2025 susut 9.5 mata kepada 1,620.50, November 2025 turun sembilan mata kepada 1,620.00, Disember 2025 kurang 8.5 mata kepada 1,619.0, dan Mac 2026 menguncup lapan mata kepada 1,600.0.

Jumlah dagangan mencecah 844 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 43,085 kontrak.

Selepas 31 minit dagangan, FBM KLCI turun 8.23 mata kepada 1,621.80 daripada 1,630.03 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA